top of page

Penurunan nilai ringgit tidak jejas perolehan ubat-ubatan



Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan kemerosotan nilai ringgit ketika ini tidak memberi kesan besar terhadap perolehan dan pembelian ubat-ubatan dari luar negara.


Berkata kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Klinik Pergigian Tanjong Karang semalam Dzulkefly berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melakukan kaedah pelindungan nilai (hedging) bagi mengelakkan mereka melaksanakan perolehan ubat-ubatan dalam harga yang tinggi.


"Dalam apa-apa (bentuk) perolehan pun, kami sudah buat hedging. Hedging ini maknanya kami Kementerian Kesihatan atau KKM telah melakukan pembelian lebih awal.


"Dari segi kewangan, kami laksanakan kaedah itu bagi mengelak daripada terkena mata wang yang berubah.


"Jadi kami beli dan lock in awal. Oleh kerana itu walaupun sehari dua ini mata wang kita sedikit mengurang, tapi sebenarnya (pembelian ubat-ubatan dari luar negara) berbayar dengan harga yang telah kami lock in terdahulu," katanya dipetik.


Nilai ringgit mencatat penurunan ketara pada Selasa apabila mencecah paras RM4.795 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disebabkan faktor luaran termasuk pergerakan mata wang yuan China.


Penurunan itu bagaimanapun juga jelas Dzulkefly turut mendatangkan kesan positif khususnya dari sektor pelancongan perubatan kerana lebih ramai pesakit dari luar negara akan mendapatkan rawatan kesihatan dalam negara.


0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page