top of page

Penuhi janji kemerdekaan, utamakan jerih perih derita rakyat - Anwar


Sambutan kemerdekaan sering diwarnai dengan pesta, perbarisan dan sambutan upacara kerajaan tanpa didalami erti sebenar kemerdekaan.


Dalam perutusan kemerdekaan ke 64, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar rakyat mengimbau kembali tujuan generasi terdahulu memerdekakan negara.


Katanya, bukan setiap inci perjuangan tersebut dinakhodai oleh tokoh-tokoh penting, sebaliknya rakyat bawahan turut sama mendukung cita-cita untuk memperolehi kehidupan lebih baik di bawah pemerintahan sendiri.


"Sebab itu bila sambut merdeka jangan asyik dengan pesta dan perbarisan, tetapi menyingkap semula pengalaman lalu dan memberikan suatu penilaian dan keberkesanan serta makna merdeka. Ini dikatakan memaknai kemderdekaan itu, di semua negara.


"Sukarno di Indon menjanjikan jambatan emas dari keadaan bobrok di bawah penjajahan Belanda yang menghina rakyat, menjadikan rakyat separa hamba dan Sukarno sebagai ketua bersama bung Hatta menjanjikan jambatan emas (perubahan)," katanya.


Selain itu, menurut Anwar, sejarah kemerdekaan negara-negara Asia lain seperti di India, Jawahalal Nehru menyebut 'suatu perjanjian yang akan menjamin masa depan'. Dengan detik 12 malam di India, akan ada kebebasan dari penjajah bagi rakyatnya.


Begutu juga Mohamad Ali Jinnah, dalam pidato kemerdekaan Pakisatan menyatakan bahawa keberhasilan negara Pakistan itu sesuatu yang unik dalam sejarah, tetapi beliau mengingatkan generasi kemudian petanda kejayaan Pakistan ialah apabila berjaya menghapuskan rasuah dan kezaliman.


Makanala di Malaysia, kata Anwar, Tunku Abdul Rahman menyebut dalam lakaran menarik perisytiharan kemerdekaan yang disebarkan setiap masjid, sekolah dan pejabat di seluruh negara pada 31 Ogos 1957, menjanjikan kemerdekaan kepada rakyat, kebebasan, keadilan, dan kesaksamaan bagi semua penduduk.


"Untuk kita, yang mewarisi penghalaman sejarah itu, harus mengenang tokoh-tokoh berjasa bukan sahaja beliau, Dr Burhanudin al Helmy, Onn Jaafar dan sebagainya.


"Tetapi tokoh ini tidak ada pengaruh tanpa dukungan rakyat yang dipukul tentera Inggeris, dipenjarakan, dihina, diaibkan. Pelbagai derita oleh rakyat. Kerana mereka ini terpukau dengan janji pemimpin yang akan mengangkat nasib rakyat, membela ekonomi, menjamin kekebasan dan menghentikan kezaliman dari sistem penjajah


"Oleh itu, sedarlah kemerdekaan bukan bererti mengganti pimpinan Inggeris kepada peribumi Malaysia. Tokoh berganti, amalan juga harus berubah.


"Amalan rompakan hasil negara, penindasan ke atas rakyat, penafian kebebasan dan lebih penting kesaksamaan serta peluang ekonomi kepada semua rakyat," katanya lagi.


Sehubungan itu, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu menyeru agar rakyat menilai sendiri pada hari kemerdekaan, ditahap manakah negara dan pemerintahan berada.


Apakah rakyat benar-benar mencatat kemerdekaan dan kebebasan? Apakah pemimpin tidak menggondol kekayaan, memunggah khazanah untuk kepentingan mereka?


Kepada pemimpin yang memerintah, Anwar berpesan agar jangan mensia-siakan amanah rakyat.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page