top of page

Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Perubatan akan dibawa ke Kabinet



Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberi jaminan cadangan mengenai penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Perubatan akan dirujuk kepada Jemaah Menteri.

Menurutnya, cadangan itu yang termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) lalu kini berada di peringkat akhir penelitian.


"Saya berharap dalam waktu terdekat, kita akan dapat umum perkara ini dan saya semestinya kena rujuk kepada Kabinet sekiranya perkara itu dapat dimuatkan dalam nota atau memorandum Jemaah Menteri.


"Tapi perkara ini saya pasti akan bawa (kerana ia) antara perkara kita sebut dalam manifesto (pilihan raya)... bagaimana dan apa butirannya, belum dapat (maklumkan) lagi," katanya dipetik.


Dr Dzulkefly berkata begitu kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Tahunan Clinical Research Malaysia (CRM) 2023, di Putrajaya pada Isnin.


Dalam PRU15 lalu, PH menerusi manifestonya mencadangkan untuk menubuhkan suruhanjaya tersebut sebagai usaha menangani isu doktor kontrak dan mengukuhkan pengurusan sumber manusia, perjawatan, latihan dan perkembangan kerjaya petugas kesihatan.

Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) sebelum ini menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan dan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan pada kadar segera.


Jurucakap HDK, Dr Muhammad Yassin dilaporkan berkata, penubuhan kedua-dua suruhanjaya berkenaan dianggap platform terbaik untuk memperkasa kebajikan dan jaminan kerjaya untuk staf kesihatan kontrak di Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page