top of page

Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig serlah keprihatinan PM Anwar

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 3, 2024
  • 1 min read


Pengumuman kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Pekerja Gig menunjukkan komitmen dan keprihatinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu mengambil berat nasib pekerja dalam sektor berkenaan.


Pengumuman penubuhan suruhanjaya itu dalam Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 semalam memberi sinar baharu buat pekerja gig mendapatkan keadilan dari segi kadar upah, perlindungan insurans dan caruman Perkeso.


Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai Chen Heng menyifatkan usaha itu akan meningkatkan lagi industri e-hailing dan p-hailing di negara ini dengan penyertaan lebih meluas rakyat di dalamnya.


"Selain memperkasa sektor ekonomi gig, Perdana Menteri juga mengiktiraf peranan para pekerja berkenaan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.


"Ini sekaligus memastikan nasib para pekerja termasuk tanggungan mereka dipelihara malah dibantu dengan beberapa inisiatif terdahulu seperti pengenalan kemudahan pakej khas telekomunikasi serendah RM33 sebulan bagi data minimum 40GB.


"Saya difahamkan kira-kira 150,000 hingga 200,000 pekerja ekonomi gig telah menikmati pakej khas yang ditawarkan kerajaan pada awal tahun ini," katanya dalam kenyataan.


Tambah Andre Lai dengan pengenalan suruhanjaya berkenaan, para pekerja gig juga selepas ini akan menerima gaji minimum sebagaimana pekerja di sektor lain.


Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar suruhanjaya berkenaan menjadi pusat rujukan kepada para penggiat industri gig dan pekerja mereka dalam menyelesaikan isu berbangkit.


Semalam, Perdana Menteri ketika berucap pada penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) di Putrajaya mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig bagi melindungi hak 1.12 juta pekerja gig dengan tumpuan untuk memenuhi keperluan sosial, menyelesaikan pertikaian kontrak dan mendorong kemajuan kerjaya golongan berkenaan.


Beberapa syor diangkat bagi memastikan peranan suruhanjaya itu dapat dilaksanakan secara berkesan selaras dengan Kerangka Ekonomi Madani bagi mengangkat naratif keadilan sosial sebagai salah satu teras utamanya.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page