top of page

Penubuhan Pusat 4IR Malaysia pacu negara ke gerbang teknologi baharu



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penubuhan Pusat bagi Revolusi Perindustrian Keempat Malaysia (Malaysia Centre for 4IR).


Pada ucapannya, Anwar berkata pusat pertama seumpamanya di rantau ASEAN itu bakal menjadi platform bagi pemimpin kerajaan dan perniagaan, ahli akademik dan pakar untuk mewujudkan hab inovasi dan kepakaran bagi memanfaatkan potensi teknologi baru muncul.


Ditubuhkan melalui kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Yayasan Forum Ekonomi Dunia (WEF), ia kelak akan menumpukan kepada dua keutamaan iaitu transformasi digital dan GovTech serta mengemudi peralihan tenaga dan pembangunan ekonomi hijau sambil mengimbangi isu seperti jaminan tenaga, kemampuan dan kemampanan alam sekitar.


"Menjadi harapan saya agar pusat ini dapat mempercepat lagi transformasi Malaysia menjadi negara yang dipacu secara digital, berpendapatan tinggi, inklusif dan peneraju serantau dalam ekonomi digital.


"Dengan lebih 60 inisiatif, 300 pakar dasar dan kerajaan serta lebih 450 inovator dan perintis teknologi yang tersedia dalam ekosistem tersebut, perkongsian ini adalah tepat pada masanya ketika Malaysia mengembangkan ekonomi digitalnya," katanya dalam kenyataan.


Malaysia Centre for 4IR yang dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Presiden WEF, Børge Brende pada Isnin menyertai komuniti 18 pusat seumpama itu di seluruh dunia.


Ia juga sebahagian usaha kerajaan menstruktur semula ekonomi negara untuk tempoh jangka panjang bagi mengelakkan terus terdedah kepada ketidaktentuan ekonomi global.

Sementara itu, Anwar yang juga Presiden KEADILAN menegaskan usaha mengembangkan ekonomi digital sememangnya merupakan agenda penting bagi kerajaan.


"Pelan Tindakan dan Dasar Ekonomi Digital Malaysia untuk Revolusi Perindustrian Keempat telah digubal menggunakan pendekatan berpaksikan manusia bagi memastikan kita dapat memanfaatkan teknologi sambil memelihara nilai manusia, sosial dan budaya untuk kelestarian masa depan.


"Kami berhasrat untuk mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia di persada global, dan ditambah dengan nilai Malaysia Madani, saya yakin kami mampu mempercepat transformasi Malaysia ke arah ekonomi digital maju dengan mengukuhkan infrastruktur kami, memudahkan inovasi dan mewujudkan ekosistem bagi kita semua untuk meningkatkan taraf hidup yang lebih tinggi kepada semua rakyat Malaysia," tambah Anwar.


Beliau turut menjelaskan langkah terbaharu itu adalah selari dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) untuk mengeksploitasi peluang yang potensi yang tersedia daripada 4IR.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page