Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Adam Adli Abd Halim yakin penubuhan Majlis Atlet oleh Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berpotensi melonjak tahap kemajuan atlet para negara pada masa akan datang.
Katanya, KBS yang menyambut baik inisiatif itu yang mampu menjadi wadah membincangkan masalah dihadapi komuniti sukan para baik di dalam mahupun luar gelanggang.
"Saya harap penubuhan Majlis Atlet membawa lebih banyak manfaat kepada atlet para kita antaranya memberi platform terbaik buat mereka bukan sahaja dari segi kebajikan malah aspek kemajuan diri masing-masing," katanya dipetik
Beliau sebelumnya hadir ke majlis penutup dan penyampaian hadiah Social Entrepeneurship For Rural Youth (SERY) 2023 malam tadi.
MPM mengumumkan penubuhan Majlis Atlet bagi mematuhi dasar ditetapkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC).
Perenang para wanita Carmen Lim dilantik mengetuai majlis itu selain dianggotai jaguh olahraga para, Mohamad Ridzuan Puzi; perenang lelaki, Jamery Siga dan Fraidden Dawan serta atlet boccia, Noor Askuzaimey Mat Salim.
Misi majlis berkenaan ialah untuk menjadi suara bagi atlet para masa kini, masa depan dan yang telah bersara dalam lingkungan Pergerakan Paralimpik, selari hala tuju strategik MPM dan untuk menyokong atlet para Malaysia.
Sementara itu sebagai menyentuh mengenai program SERY, Adam berkata ia merupakan komitmen kerajaan bagi menyemarakkan inisiatif Rakan Muda melalui gaya hidup Rakan Niaga dalam menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu daripada bidang keutamaan belia.
Beliau berkata, melalui program SERY, potensi belia juga dapat diperkukuh melalui latihan berstruktur serta komprehensif dengan elemen bimbingan dan pementoran.
"Hasilnya, idea-idea baharu perniagaan berjaya dibangunkan, masalah sosial dapat ditangani dan rangkaian kerjasama strategik dapat ditingkatkan sebagai pemangkin perubahan dan pembangunan dalam komuniti di luar bandar," jelas Adam lagi.
留言