Penting tubuh Ranting KEADILAN, lancar edar bantuan



Ranting KEADILAN perlu ditubuhkan dengan lebih banyak terutama di negeri diperintah Pakatan Harapan


Menurut Ketua Ranting Taman Emas, Kapar, Yaashan Raj Annavi (gambar, kiri sekali), Ranting dan ahli jawatankuasanya berperanan memudahkan untuk mencari dan mendaftar sesiapa yang memerlukan bantuan daripada Kerajaan Negeri.


Katanya, dalam kes di Parlimen Kapar, terdapat beberapa individu yang memerlukan bantuan namun ketiadaan Ranting di kawasan tersebut menyebabkan kesukaran untuk mengenalpasti dan mendaftarkan golongan berkenaan, terutama dalam mendapatkan bantuan pasca banjir daripada keraaan Selangor.


"Saya menerima mesej whatsapp daripada salah seorang penduduk di Taman Intan Jaya, Kapar baru baru ini mengatakan taman itu kurang mendapat perhatian dan tidak menerima apa-apa bantuan banjir daripada pihak kerajaan ataupun NGO.


"Tanpa melengahkan masa saya mencatatkan beberapa info daripada mangsa banjir berkenaan untuk dipanjangkan kepada pihak tertentu. Syukur kepada Tuhan, seramai 30 penduduk telah menerima sumbangan barangan dapur pada keesokan harinya.


"Inilah pentingnya penubuhan Ranting di setiap taman supaya dapat kita mengenali jiran di kawasan sekitar dan dapat mempercepatkan Ketua Ranting taman tersebut untuk mengesan keluarga yang terputus bekalan makanan atau menghulurkan bantuan segera," katanya.


Yaashan dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada Mohd Sa'adon Muah, Ketua Cabang Kapar selaku Penyelaras DUN N.43 Sementa juga Umi Jumaina, Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) di atas tindakan pantas mereka tempoh hari selepas menerima info beberapa mangsa banjir perlukan bantuan segera.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER