top of page

Penting PH menang, kalau satu penggal pegang kuasa BN - PN tiada hujah menyerang




Rakyat Malaysia perlu memenangkan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 ini untuk memberi peluang pemerintahan PH yang lengkap sepenggal.


Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari berkata meminjam pengalaman di Selangor, apabila PH pegang sesebuah negeri cukup sepenggal maka rakyat akan melihat perubahan yang signifikan dan tidak mungkin akan kembali kepada BN.


"Umno dan BN tidak mahu ada lagi nama Selangor (di bawah PH untuk) contoh wujud (pembelaan rakyat) di mana mana. Apatah lagi apabila kejayaan cemerlang kita pada 2018.


"Mereka tak mahu ada perkara ini kerana kalau kita sukses satu penggal, masuk penggal kedua mereka tidak akan lagi punya hujah untuk menyerang, menekan.


"Saya ambil contoh isu Tabung Haji (TH), apa yang tak dikata dengan TH. Dekat surau, dekat masjid, jalan. Fitnah kata TH bukti PH jual aset negara, juala aset orang Islam kepada Cina.


"Lepas mereka rampas dari pintu belakang, baru ni tak malu pula mengaku bahawa apa yang dilakukan oleh PH paling betul, dipuji audit pulihkan TH daripada dirompak pemimpin tidak amanah dari Umno BN," ujarnya.


Oleh itu, Menteri Besar Selangor itu mahu rakyat menolak jauh jauh tohmahan yang mula dimainkan kononnya kalau PH jadi kerajaan sekali lagi maka akan pecah di tengah jalan.


Katanya, hal itu tidak berlaku dalam kerajaan PH di Selangor, sebaliknya kerajaan BN - PN di peringkat Persekutuan walaupun muka yang sama menjadi menteri tetapi pecah pada Ogos 2021 dan berganti Perdana Menteri.


"Yang nyatanya selepas Langkah Sheraton kerajaan dan politik dalam negara tidak stabil dan aman. Itu pun mereka kata yang kami melakukan Langkah Sheraton untuk kukuhkan PM.


"PM dari PH 22 bulan. Tetapi PN cuma 17 bulan dan BN 14 bulan. Di mana aman dan stabilnya kerajaan yang dibuat oleh perompak ini?" tanyanya.


Sehubungan itu, kata Amirudin, PRU kali ini amat penting kerana inilah waktunya rakyat mahu mengajar katak katak politik yang khianat mandat pada 2018 lalu sehingga perubahan menyeluruh tidak berjaya dilakukan dilempar ke tong sampah sejarah.


"PRU kali ini penting kepada nasib negara kita. Penting kerana kita dapat lihat pilihan kita, di antara mereka yang telah khianati mandat yang diberikan.


"Menggunakan maneuver politik yang tidak membawa kestabilan dalam negara. Hinggalah mengangkat semula semula parti yang punya rekod buruk dari segi menjamin ketelusan dan akauntabiliti menjadi kerajaan.


"Saya yakin kali ini bukan sahaja Kuala Selangor kekal di bawah PH, bukan sahaja kerusi parlimen Selangor kita tambah untuk PH. InsaAllah kita ke Putrajaya untuk pulihkan negara," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page