top of page

Penternak lembu ladang SD Guthrie: Selangor mahu capai situasi menang-menang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 24
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor mahu mencapai situasi menang-menang dalam menyelesaikan isu penternak lembu di Ladang SD Guthrie, Sabak Bernam.


Exco Kemajuan Desa, Datuk Rizam Ismail berkata, Kerajaan Negeri mencadangkan tiga tapak kepada semua penternak lembu terbabit sebagai sebahagian usaha membantu mereka meneruskan aktiviti penternakan.


"Tapak yang dicadangkan adalah tanah warta Jabatan Veterinar Sabak Bernam di Beting Kepah, Sungai Apong, tanah milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Mukim Sungai Panjang atau tanah warta pentadbir Sabak Bernam di Pekan Bagan Terap.


"Penternakan yang dibenarkan di tapak ini hendaklah dijalankan secara feedlot dan mematuhi syarat ditetapkan.


"Kerajaan Negeri komited dalam memastikan kesejahteraan semua pihak termasuk penternak lembu, syarikat ladang serta menjamin keselamatan awam," katanya menerusi kenyataan.


Media sebelum ini melaporkan penternak haiwan diarah membawa keluar ternakan mereka dari ladang SD Guthrie di seluruh Selangor ini selewat-lewatnya 31 Januari depan.


Susulan itu penternak terbabit membuat bantahan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada Rabu dan menyerahkan memorandum yang antaranya menuntut campur tangan Kerajaan Negeri supaya SD Guthrie membatalkan notis tersebut.


Rizam bagaimanapun menegaskan, notis pengusiran ditentukan pihak ladang berikutan tanah ladang berkenaan adalah milik syarikat dan kerajaan Selangor tiada mempunyai kuasa untuk membatalkannya.

Justeru dengan pendekatan diambil, penyelesaian yang dicapai bukan sahaja adil tetapi berlandaskan empati terhadap cabaran yang dihadapi semua pihak.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page