Pentadbiran PM Anwar kendali isu perang tarif dengan bijak
- Suara Keadilan
- May 7
- 1 min read

Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani isu tarif Amerika Syarikat mendapat pujian Majlis Penasihat Perniagaan-ASEAN (ASEAN-BAC) .
Pengerusinya Tan Sri Nazir Razak berkata, berbanding beberapa negara lain yang menangani isu rumit itu melalui cara (konfrontasi) dengan bertindak terlalu cepat, atau terlalu agresif, Malaysia mengambil pendekatan sebaliknya.
Kerajaan MADANI pimpinan Anwar jelasnya menunjukkan kebijaksanaan apabila tidak bertindak tergesa-gesa atau mengikut emosi dalam memberi maklum balas terhadap tekanan Washington.
"Kerajaan bijak menangani isu yang rumit ini, sesi libat urus termasuk melibatkan Washington diadakan bagi mengenalpasti sama ada isu ini hanyalah retorik atau sesuatu yang serius.
"Malaysia kemudian kembali merangka strategi dan bersedia kembali untuk berunding. Ini pendekatan terbaik, " katanya dipetik.
Beliau sebelumnya hadir ke taklimat media perkembangan terbaharu 12 inisiatif ekonomi ASEAN-BAC di Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada 24 April lalu, Malaysia menghantar delegasi peringkat tinggi ke Washington untuk mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Perdagangan AS Howard Lutnick dan Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer.
Delegasi diketuai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz itu bagi mencari jalan penyelesaian membina berkaitan isu ketidaktentuan tarif.
Comments