top of page

Pentadbiran PH tingkatkan Indeks Kebebasan Media - Anwar


Oleh: Redzuan Shamsudin

Peningkatan ketara sebanyak 22 mata bagi Malaysia dalam indeks tahunan Kebebasan Media Dunia 2020 yang dikeluarkan Reporters Without Borders untuk menduduki tempat ke 101, merupakan kejayaan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak 22 bulan lalu. Sehubungan itu, sempena Hari Kebebasan Media Sedunia pada hari ini, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pengamal media di Malaysia yang mempertahankan integriti dan profesionalisme mereka. "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pengamal media di Malaysia atas peningkatan 22 mata untuk menduduki tempat ke-101 dalam indeks tahunan Kebebasan Media Dunia 2020 yang dikeluarkan Reporters Without Borders atau Reporters sans frontières (RSF). "Kejayaan ini bermakna pentadbiran PH sebelum ini memberi komitmen jelas dalam membuka lebih banyak ruang dan kebebasan bermaklumat di kalangan pengamal media. "PH akan terus mendukung kewujudan industri media yang profesional, bertanggungjawab dan bebas, seiring dengan konsep demokrasi dan negara hukum," katanya dalam satu kenyataan. Anwar menegaskan, media seharusnya menjadi rujukan utama masyarakat terutama sekali ketika berlakunya bencana atau krisis. Pandemik Covid-19 ketika ini, katanya, meletakkan kredibiliti dan keupayaan media untuk melaporkan sesuatu yang telah disahkan tepat dan berintegriti amat penting bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau kecelaruan fakta. "Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pengamal media, wartawan juga terdedah dengan risiko dan keselamatan diri, terutamanya di negara-negara yang mencengkam kebebasan media. "Salut saya kepada mereka yang berkorban dan yang berada di barisan depan, terutamanya pada saat rempuhan wabak Covid-19, yang semestinya meletakkan mereka berisiko terdedah kepada jangkitan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page