top of page

Penstrukturan ekonomi mampu capai pertumbuhan lebih mampan



Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku pertama yang baik dan di luar unjuran iaitu setinggi 5.6% hanya boleh dikekalkan atau menjadi lebih cemerlang dengan penstrukturan semula ekonomi negara.


Menurut Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli, pertumbuhan yang lebih baik berbanding jangkan 4.9% itu sewajarnya dipertahankan dalam mendepani cabaran kemuraman ekonomi global pada tahun ini bagi menetapkan sasaran negara mencapat pemulihan ekonomi dalam jangka masa yang digariskan.


"Saya maklum bahawa negara berdepan dengan cabaran-cabaran ekonomi global yang akan terus mempengaruhi permintaan kepada eksport Malaysia, terutamanya dalam suku suku yang akan datang.


"Mengambil kira cabaran-cabaran ini, kerajaan dan negara perlu mengambil peluang daripada momentum pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan ini untuk meneruskan fokus penstrukturan ekonomi, yang akan mengurangkan keterdedahan Malaysia kepada cabaran ekonomi di masa hadapan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Untuk itu, kata Rafizi, Kerajaan Madani telah mengambil beberapa langkah untuk menpercepatkan penstrukturan ekonomi dengan contohnya bidang utama yang diberi tumpuan ialah sektor tenaga.


Katanya, penstrukturan sektor tenaga adalah untuk mengalih campuran tenaga elektrik (energy mix) kepada tenaga yang boleh diperbaharui (TBB).


"Kerajaan juga telah mengumumkan beberapa dasar baharu bulan ini termasuk membenarkan eksport tenaga boleh baharu rentas sempadan dan peruntukan awal sebanyak RM50 juta untuk mempercepatkan pemasangan solar di bangunan-bangunan kerajaan.


"Pengumuman seterusnya akan dibuat dalam masa terdekat adalah langkah-langkah kerajaan mempermudahkan dan menyebarluaskan penggunaan solar di kediaman domestik untuk menggalakkan lebih banyak isi rumah mempunyai kemudahan solar.


"Ini bertepatan dengan keputusan kerajaan untuk mensasarkan subsidi elektrik agar subsidi elektrik dikekalkan kepada kumpulan B40 dan M40; sementara kumpulan pengguna kediaman dari T20 yang menggunakan elektrik pada kadar yang tinggi akan mula membayar pada tarif yang lebih hampir dengan harga pasaran," katanya.


Tambah Rafizi, pendekatan bersepadu itu dengan memudahkan dan menggalakkan pemasangan solar kepada kumpulan isi rumah yang mampu, dijangka akan membantu mengimbangi kesan kenaikan tarif kepada isi rumah berpendapatan tinggi yang dianggarkan sekitar 10% dari majoriti isi rumah di Malaysia).


Selain itu, berlaku juga peralihan dasar sosio ekonomi kerajaan dari pendekatan berasaskan pendapatan iaitu B40, M40 dan T20, kepada pendekatan berasaskan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah yang pada ketika ini sedang dibangun pangkalan data dan kaedah menentukannya.


"Pengumuman kerajaan mengenai penubuhan Pangkalan Data Utama (PADU) dijangka akan mempercepatkan peralihan kerajaan membangunkan program dan inisiatif berpandukan kedudukan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah," katanya.


Dalam pada itu, ujar Rafizi lagi, Kementerian Ekonomi akan menyelaraskan dengan kementerian kementerian dan agensi-agensi agar kerajaan mempercepatkan pelaksanaan projek-projek mesra rakyat di seluruh negara sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu pertumbuhan ekonomi negara, sementara projek projek baharu yang diluluskan di dalam Belanjawan 2023 mula dilaksanakan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page