top of page

Penjimatan tarif elektrik: Janji PH tidak bebankan rakyat tertunai

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 hours ago
  • 2 min read

Oleh: Akmal Manaf


Penjimatan bagi 23.6 juta pengguna elektrik domestik di Semenanjung menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang telah diluluskan oleh Kerajaan Madani mulai 1 Julai ini menepati janji Pakatan Harapan (PH) untuk tidak membebankan golongan B40 dan M40.


Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Danish Hairudin, langkah kerajaan melalui suruhanjaya Tenaga (ST) mengenakan kadar elektrik yang lebih adil dan progresif itu merupakan sebagai sebahagian daripada usaha meringankan beban rakyat yang menghadapi peningkatan kos kehidupan.


Katanya di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan bukan sahaja berusaha menstabilkan ekonomi yang diwarisi dalam keadaan pasca pandemik Covid 19 dan ketidaktentuan global, namun turut memberi penekanan terhadap kebajikan rakyat.


''Ada beberapa fakta penting yang perlu diketahui dan difahami oleh rakyat. Angka dan fakta tidak pernah menipu. Salah satu usaha ialah penurunan tarif elektrik yang diumumkan kerajaan.


''Bermula 1 Julai, lebih 85 peratus isi rumah B40 dan M40 menikmati pengurangan bil elektrik, termasuk penjimatan sehingga RM187.2 juta untuk pengguna domestik. Pengguna dengan penggunaan bulanan bawah 600 kWj akan menikmati rebat 2 sen/kWj.


''Ini tidak pernah dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika mentadbir, walaupun ketika itu rakyat lebih terdesak semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Danish Hairudin
Danish Hairudin

Danish berkata demikian ketika ditanya mengenai keperluan rakyat untuk membezakan pencapaian setengah penggal Kerajaan Perpaduan berbanding tempoh pemerintahan PN sebelum ini.


Malah, kata Danish yang juga Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Kota Raja, ketika era PN mentadbir negara, tiada pelarasan tarif elektrik dilakukan untuk mengurangkan beban isi rumah walaupun ekonomi menyusut sebanyak 5.6% pada 2020.


Juga, katanya, tiada pendekatan menyeluruh bagi memastikan subsidi sampai kepada golongan yang benar-benar layak, dengan golongan kaya dan miskin sama-sama menikmati subsidi secara tidak adil.


''Kerajaan Perpaduan pula mengambil pendekatan bersasar dan bertanggungjawab, seperti reformasi subsidi bersasar dalam tarif elektrik, menunjukkan keberanian politik untuk membuat keputusan tepat walaupun tidak popular.


''Kesimpulannya, pembangkang tidak wajar memperlekehkan usaha pengurangan tarif elektrik ini. Ketika mereka berkuasa, tiada keberanian politik untuk bertindak membantu rakyat dengan strategi tersasar,'' tempelak beliau.


Pada 20 Jun lalu, ST mengumumkan penetapan tarif baharu elektrik yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027 mengikut kerangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR), selaras dengan peruntukan Seksyen 26, Akta Bekalan Elektrik 1990.


Pengenalan jadual tarif baharu itu meliputi perubahan kategori pengguna yang terbahagi kepada domestik dan bukan domestik berdasarkan penggunaan voltan sama ada voltan rendah, sederhana dan tinggi; dan penetapan setiap caj bagi komponen tenaga, kapasiti, rangkaian dan peruncitan yang berdasarkan kos berkaitan.


Insentif Cekap Tenaga juga diperkenalkan sebagai galakan kepada 23.6 juta pengguna domestik yang mengamalkan penggunaan elektrik secara berhemat. Pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 1,000 kWj dan ke bawah dijangka tidak terkesan dengan pelaksanaan jadual tarif baharu.


Selain itu, skim Masa Penggunaan (TOU) telah diselaraskan dan diperluas kepada tempoh luar puncak yang lebih panjang iaitu keseluruhan Sabtu, Ahad, dan mulai 10 malam sehingga 2 petang pada Isnin hingga Jumaat.


Hal itu menurut ST bagi menggalakkan pengurusan penggunaan yang lebih cekap mengikut waktu permintaan. Sekiranya pengguna menggunakan waktu di luar puncak, pengguna dapat menjimatkan bil elektrik berbanding penggunaan ketika waktu puncak.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page