Penjelasan memorandum persefahaman: PH kekalkan perjuangan pembangkang



Terdapat beberapa kekeliruan penyokong Pakatan Harapan (PH) berhubung memorandum persefahaman antara Kerajaan Perikatan Nasional dan PH yang akan ditandatangani pada petang ini.


Menurut Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil, tidak banyak berubah dalam perjuangan pembangkang dengan menandatangani memorandum berkenaan.


Sebaliknya, memorandum itu lebih bersifat usaha untuk memperbaiki hubungan antara kerajaan dan PH demi menjayakan pemulihan ekonomi pasca pandemik dan menyegerakan bantuan-bantuan kepada rakyat memerlukan.


"Kerjasama ini bersifat memorandum persefahaman (MoU) bukannya perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA)


"KEADILAN dan PH kekal Pembangkang, kita bukan sebahagian dari kerajaan dan ini bukanlah pembentukan kerajaan campuran


"Kita hanya setuju perkara-perkara tertentu sahaja, bukan memberi sokongan penuh atau memberi kepercayaan kepada PM Ismail Sabri," katanya dalam kenyataan ringkas.


Pengarah Komunikasi KEADILAN itu juga berpandangan pembangkang kekal pembangkang selepas menandatangai memorandum berkenaan dan PH akan terus menentang kezaliman, salah guna kuasa dan korupsi di Malaysia.


"Perkara penting dalam MoU ini melibatkan bantuan wang untuk rakyat, penambahbaikan usaha melawan Covid-19, bidang reformasi Parlimen dan kebebasan kehakiman antara lain


"Kita akan terus lawan ketidakadilan, kezaliman, kebobrokan, salahguna kuasa dan rasuah," katanya lagi.






0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER