top of page

Penjawat awam dilarang guna Waze, wujud risiko keselamatan berkaitan Israel

Writer: Helmi Mohd Foad
Helmi Mohd Foad
2 hours ago
1 min read

Kerajaan membuat keputusan melarang anggota perkhidmatan awam menggunakan aplikasi navigasi Waze yang berpangkalan di Israel berkuat kuasa serta-merta susulan terdapat risiko keselamatan maklumat dan data pergerakan rakyat.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan data dan identiti rakyat.


"Mesyuarat [Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN)] telah meneliti risiko keselamatan maklumat dan data pergerakan rakyat susulan penggunaan aplikasi Waze yang terikat di bawah undang-undang Kerajaan Israel," kata Anwar dalam hantaran di Facebook.


Semalam beliau mempengerusi mesyuarat JKSN di Putrajaya bagi meneliti perkembangan ancaman siber serta memperkukuh kesiapsiagaan dan kedaulatan digital negara.


Menurut Perdana Menteri, perbincangan merangkumi pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024, keselamatan MyDigital ID, persediaan menghadapi ancaman komputer kuantum melalui kriptografi pasca-kuantum (PQC), ancaman baharu berasaskan kecerdasan buatan autonomi serta perlindungan Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).


Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengeluarkan arahan larangan aplikasi navigasi Waze bagi penjawat awam melalui surat pemakluman kepada semua pengurusan tertinggi agensi kerajaan serta pentadbiran awam negeri-negeri.


"Semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan hendaklah memastikan keputusan itu dimaklumkan kepada semua pegawai di bawah seliaan masing-masing termasuk agensi dan jabatan untuk dilaksanakan dengan serta-merta," demikian petik surat tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page