top of page

Penjawat awam digesa sebar luas konsep Malaysia Madani



Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin menggesa penjawat awam agar memainkan peranan penting dalam menyebarluaskan konsep Malaysia MADANI.


Menurutnya, langkah itu sebagai memastikan rakyat dapat memahami dan menghayati konsep tersebut memandangkan rata-rata masyarakat belum memahami dan mendalami perkara itu.


"Walaupun sudah setahun konsep MADANI diperkenalkan, kita masih memerlukan lagi masa untuk menyebarkan erti MADANI kepada masyarakat terutama kakitangan kerajaan yang memainkan peranan penting dalam (menggerakkan) kerajaan MADANI," katanya dipetik.


Azman berkata begitu ketika ditemui pada program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat anjuran Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak pada Ahad.


Perdana Menteri memperkenalkan konsep ‘Malaysia MADANI’ pada 19 Januari tahun lepas, ia memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan ke arah membina negara bangsa yang mampu mencapai ketamadunan tinggi melalui enam tonggak dasar yakni, M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya Cipta), A (hormAt), N (keyakiNan) dan I (Ihsan).


Konsep itu bersifat inklusif merangkumi semua golongan dan kaum dalam usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page