Penipuan dan pemerdayaan perniagaan atas talian memerlukan pegawai pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang terlatih untuk menanganinya.
Ahli Parlimen Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (PH - Pandan) berkata, tanpa latihan yang sesuai, pegawai penguatkuasa akan sukar untuk menjejaki penjenayah siber.
"Apakah pegawai KPDNHEP yang terlibat dalam pengendalian kes penipuan dalam talian ini dapat latihan.
"Ini adalah latihan yang spesifik dan perlu. Dan juga bagaimana dikatakan agensi lain yang berkaitan itu berkerjasama. Kerana kalau ada akaun kedai ini, mesti ada data (secara terperinci) dengan PDRM, SKMM dan Cyber Security Malaysia. Ini adalah penting kerana sekarang kita dapati menular sangat kes penipuan atas talian.
"Ini penting, isu penting. Apakah tindakan yang diambil," katanya dalam soalan tambahan perbahasan di Dewan Rakyat, sesi pagi.
Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjawab pihak kementerian sedang memperhalusi isu berkenaan dan cuba meminta peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan bagi melatih para pegawai KPDNHEP.
"Saya terima dan hargai pertanyaan kemampuan penguatkausa. Selamaaini saya merayu kepada kerajaan supaya KPDNHEP diberi kewangan yang lebih untuk kita memberi empowerment dan mendapat kelayakan mereka yang sesuai dengan keadaan sarang kerana keupayaan internet dan hal ini bukan mudah.
"Kita akui keupayaan mungkin belum sampai ke tahap yang terbaik. Sebab itu saya sendiri sedang berusaha meyakinkan Menteri Kewangan beri lebih peruntukan anggota untuk diberi kursus," katanya.
Comments