top of page

Penipuan atas talian terus dibendung

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 13, 2023
  • 1 min read

ree

Kerajaan terus membendung penipuan atas talian dengan memperuntukkan dana secukupnya bagi memperkukuh Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).


Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak penubuhan, Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah

mengendali lebih 49,000 panggilan dan berjaya membeku sehingga RM60 juta transaksi.


"Tahun hadapan, Kerajaan akan menambah peruntukan NSRC kepada RM20 juta ketimbang RM10 juta bagi meningkatkan lagi kefungsian NSRC membanteras jenayah scam.


"Bank Negara Malaysia dengan kerjasama sektor kewangan sedang membangunkan Portal Fraud Kebangsaan (NFP) yang dijangka

siap menjelang pertengahan tahun 2024.


"Dengan kebolehan automasi penjejakan dana, diharap Portal ini akan mempercepat tempoh pengesanan, pembekuan dan pemulangan dana," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page