top of page

'Peningkatan sokongan kepada PM bukti dunia yakini Malaysia'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 2 min read
PM Anwar mempengerusikan sidang antarabangsa menunjukkan keyakinan pemimpin dunia kepada beliau
PM Anwar mempengerusikan sidang antarabangsa menunjukkan keyakinan pemimpin dunia kepada beliau

Oleh: Hasbul Ahmad


Sokongan terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja kukuh di peringkat nasional, malah semakin diyakini di mata dunia adalah kerana kerja berpasukan seluruh barisan Kabinet dan anggota kerajaan.


Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata, kepimpinan dan kerja gigih Perdana Menteri menjadi faktor utama populariti selain peningkatan kedudukan Malaysia dalam Indeks Daya Saing Global 2025 sepertimana laporan Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) Switzerland baru baru ini.


"Saya sendiri pernah bersama beliau (Anwar) dalam beberapa lawatan rasmi ke Arab Saudi, Mesir dan Turkiye. Saya boleh katakan masa rehat Perdana Menteri hanyalah ketika tidur.


"Bila bangun, seluruh harinya adalah untuk negara," kata Sany ketika ditemui Suara Keadilan.


Mohd Sany Hamzan
Mohd Sany Hamzan

Menurut beliau, usaha dan ketekunan Perdana Menteri dalam menguruskan hal ehwal negara telah membina keyakinan yang besar dalam kalangan masyarakat antarabangsa.


"Hari ini, boleh dikatakan hampir setiap minggu ada pemimpin dari luar datang ke Malaysia. Sama ada untuk berunding, melabur atau mendapatkan pandangan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Ini bukan kebetulan, ini kerana mereka yakin kepada kepimpinan beliau," jelas Sany.


Kajian terkini badan penyelidik Merdeka Center baru baru ini mendapati peningkatan ketara sokongan kepada Anwar apabila 55 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi beliau berbanding hanya 40 peratus pada Jun 2024.


Tinjauan ini dijalankan oleh Merdeka Center pada 12 – 23 Mei lalu membabitkan 1,208 pengundi berdaftar dari pelbagai kaum dan latar belakang di seluruh negara.


Kajian itu menandakan trend keyakinan yang semakin kukuh terhadap kepimpinan Anwar dan Kerajaan Perpaduan, namun sebanyak 48 peratus responden menyatakan mereka tidak berpuas hati dengan prestasi semasa Anwar, sekali gus mencerminkan landskap politik yang masih berbelah bahagi.


Dalam pada itu Sany merujuk kepada Indeks Daya Saing Global 2025 membuktikan kejayaan pencapaian negara dari segi ekonomi seperti kadar pengangguran menurun, kestabilan harga barang, dan pertumbuhan adalah bukti keberkesanan dasar yang diterajui Perdana Menteri bersama kerajaan perpaduan.


"Ini adalah hasil daripada pentadbiran kerajaan Madani – sebuah kerajaan perpaduan yang stabil, progresif dan berprinsip. Ia bukan hanya tentang Perdana Menteri, tetapi juga barisan kabinet yang bekerja secara kolektif," ujarnya.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page