top of page

Peningkatan jangkitan Covid 19: NGO mahu darurat elak PRN Johor



Peningkatan kadar jangkitan harian Covid 19 yang mencecah 11,034 hari ini mendorong Pengerusi Pertubuhan Gerak Tani, Datuk Mazlan Aliman menulis surat terbuka memohon Yang di-Pertuan Agong mengistihar darurat bagi mengelakkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


Menurut Mazlan, darurat amat perlu bagi mengelakkan PRN Johor menjadi katalis merebaknya Covid 19 di bahagian selatan tanah air.


"Atas keprihatinan terhadap kesihatan rakyat ekoran peningkatan mendadak kes Covid 19 termasuk kebimbangan dari varian Omicron seperti yang dimaklumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, patik merayu kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat bagi menangguhkan PRN Johor.


"Ia telah dilakukan terhadap PRN Sarawak, PRK Batu Sapi dan PRK Gerik atas alasan yang sama," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tegas Mazlan nyawa rakyat lebih utama untuk dipelihara berbanding meneruskan PRN dan melengkapkan percaturan ahli ahli politik tertentu di Johor.


"Keutamaan ketika ini adalah melaksanakan langkah-langkah segera bagi mengekang Covid-19 yang kembali meningkat termasuk menghadkan pergerakan rakyat melalui SOP dan lain lain.


"Nyawa rakyat adalah segala galanya, manakala mandat yang diberi rakyat boleh disekalikan dengan PRU ke-15," katanya lagi.


Sebelum ini, Menteri Kesihatan turut memberi amaran bahawa kes Covid akan terus melonjak kepada 15,000 dalam masa terdekat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page