Peningkatan indeks daya saing bukti kejayaan polisi ekonomi PM - Nazri
- Suara Keadilan
- 6 hours ago
- 1 min read

Peningkatan Malaysia dalam kedudukan indeks daya saing World Competitiveness Ranking sebanyak 11 anak tangga berbanding tahun 2024 merupakan prestasi yang amat membanggakan.
Bagi Ketua Cabang KEADILAN Kemaman, Ahmad Nazri Mohd Yusof, pencapaian di kedudukan ke-23 ranking dunia itu seharusnya menutup mulut pembangkang kononnya Kerajaan Madani gagal membawa perubahan selepas tiga tahun memerintah.
"Lonjakan 11 anak tangga dalam indeks World Competitiveness Ranking ke tangga 23 ini bukti kejayaan ekonomi madani yang sangat memberansangkan.
"Termasuklah berita gembira terbaru dari Jabatan Statistik, bahawa kadar pengangguran pada April 2025 merupakan antara kadar terendah sejak 10 tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nazri lagi, kejayaan meningkatkan daya saing negara sekali gus akan menarik lebih banyak pelaburan langsung asing ke Malaysia dan ianya merupakan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh pentadbiran perdana menteri sebelum ini terutama di bawah Kerajaan Perikatan Nasional.
"Kejayaan ini juga membuktikan Kerajaan Perpaduan sebagai kerajaan yang sangat efisen dan mampu untuk menyampaikan perhidmatan terbaik kepada rakyat," ujarnya.
Oleh itu, Nazri berkata, tibalah masanya rakyat memberi sokongan padu kepada PM Anwar untuk mengemudi ekonomi Malaysia memasuki fasa lebih mencabar dengan konflik di Timur Tengah yang kian memanas dan boleh menyebabkan ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak menentu.
"Apa yang perlu kita buat ialah rakyat perlu terus memberi sokongan kepada kerajaan.
"Bagi jentera parti pula perlu terus bekerja keras untuk memastikan kejayaan berganda kepada parti komponen kerajaan perpaduan pada pilihan raya umum akan datang," katanya lagi.
Untuk rekod, laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025 yang diumumkan kelmarin menunjukkan Malaysia naik 11 anak tangga ke kedudukan ke-23 daripada kedudukan ke-34 tahun lalu. Manakala Singapura kekal di tempat teratas pada tahun lalu dan tahun ini.
Comments