top of page

Peningkatan eksport minyak sawit ke China untungkan pekebun sawit



Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Sime Darby Oils International Ltd (Sime Darby Oils) dan GuangXi Beibu Gulf International Port Group (GuangXi Beibu) bakal menyaksikan pembelian minyak sawit dari China meningkat daripada 250,000 tan setahun kepada 500,000 tan setahun.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan itu akan dapat menjamin kepentingan peneroka dan pekebun kecil sawit di negara ini.


"Kali ini adalah perjanjian tetap daripada China dan ia merupakan kejayaan besar kepada rakan-rakan kita yang terlibat,” katanya dipetik.


Mou antara Sime Darby Oils dan GuangXi Beibu itu akan melibatkan pembinaan pusat perdagangan dan pengedaran minyak sawit ditapis dan lelemak di Qinzhou, China dengan anggaran eksport sebanyak RM2.5 bilion.


Sementara itu Profesor Madya Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Dr Abu Sofian Yaacob dipetik satu laporan media menyifatkan kejayaan Malaysia mendapatkan lagi memorandum persefahaman (MoU) dengan China membuktikan yang kerajaan menggunakan pendekatan betul mencari peluang pelaburan untuk manfaat kepada negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page