top of page

Peningkatan dividen KWSP serlah kejayaan Kerajaan Perpaduan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 4, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Peningkatan kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Simpanan Syariah 5.40% berbanding 4.75% pada tahun lalu memadamkan kritik mengenai pengurusan kewangan era Kerajaan Perpaduan.


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Abshar Nurasyraf, kejayaan itu mencerminkan keyakinan pelabur berdasarkan prestasi cemerlang dan kecekapan tadbir urus serta tatakelola yang baik Kerajaan Perpaduan.


"Walaupun negara kita terkesan dengan keadaan geo-politik yang tidak menentu tetapi kadar pulangan dividen yang tinggi tahun ini menunjukkan pelabur yakin dengan kekuatan ekonomi negara," katanya kepada Suara Keadilan.

Abshar Nurasyraf

Jelas Abshar, langkah berani pihak KWSP mempelbagaikan jenis portfolio untuk meneroka pelaburan baharu amat wajar dipuji.


Justeru, beliau optimis momentum yang dibawa oleh institusi itu diyakini akan menguatkan keyakinan pelabur dan rakyat terhadap kerajaan.


"Perlu untuk kita tahu KWSP banyak menumpukan pelaburan di dalam negara, oleh itu saya yakin dengan prestasi cemerlang ini kadar pemberian dividen akan terus meningkat," ujarnya.


Untuk rekod, aset pelaburan domestik KWSP mencecah hingga RM702.48 bilion atau 80% daripada pasaran dalam negara.


Oleh itu KWSP mendapat pulangan sebanyak RM31.71 bilion atau 47% daripada pelaburannya, sekali gus memberikan kestabilan kepada keseluruhan pendapatan pelaburan institusi itu.


Daripada jumlah itu, simpanan syariah memperoleh manfaat pelaburan RM8.02 bilion manakala simpanan konvensional mendapat pulangan sebanyak RM58.97 bilion.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page