top of page

Peningkatan bayaran faedah PERKESO bukti tadbir urus cekap - Ramanan

  • 2 hours ago
  • 1 min read
DS Ramanan berucap dalam Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina KESUMA PERKESO LINDUNG 2026
DS Ramanan berucap dalam Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina KESUMA PERKESO LINDUNG 2026

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menyalurkan faedah berjumlah RM6.65 bilion kepada lebih 1.15 juta penerima di seluruh negara sepanjang tahun lalu.


Menteri Sumber Manusia (KESUMA) Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, prestasi memberangsangkan itu sekali gus membuktikan kecekapan pengurusan dan tadbir urus agensi berkenaan.


Tambahnya, jumlah itu menunjukkan peningkatan 8.34 peratus berbanding RM6.1 bilion pada 2024, dengan jumlah penerima faedah meningkat sekitar 5.06 peratus berbanding tahun sebelumnya.


"Kalau lihat, saya sangat bangga dengan pengurusan tertinggi PERKESO. Mereka telah menjalankan tugas mereka dengan bagus dan baik mengikut tatakelola dan saya harap ia akan bersambung sebegitu," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina KESUMA PERKESO LINDUNG 2026 di Pusat Khidmat Rakyat di Sungai Buloh pada Sabtu.


Pada majlis itu seramai 15 pencarum serta waris menerima faedah PERKESO merangkumi enam penerima LINDUNG Pekerja, empat penerima LINDUNG Kerjaya, tiga penerima LINDUNG Kendiri dan dua penerima LINDUNG Kasih dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM318,042.84.


Manakala 100 anak yatim diraikan dengan pemberian angpau manakala 40 pencarum balu dan duda diberikan sumbangan hamper sebagai simbol keprihatinan KESUMA dan PERKESO dalam menyantuni mereka yang kurang bernasib baik.

Dalam perkembangan sama, Ramanan memaklumkan, tiga reformasi dasar melalui PERKESO akan dilaksanakan tahun ini, termasuk inisiatif LINDUNG 24 Jam, penguatkuasaan Akta Pekerja Gig 2025 serta Skim Pengembara bagi pencarum LINDUNG Kendiri.


Dalam masa sama beliau menegaskan komitmen kementeriannya menerusi PERKESO untuk terus memberi perkhidmatan terbaik memastikan tiada golongan terpinggir daripada menerima perlindungan sosial.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page