top of page

Penilaian EIA ditingkatkan pelihara alam sekitar - Nik Nazmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 12, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan kini dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) agar ia lebih berkesan.


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, terdapat lima keutamaan penambahbaikan seperti memperkukuhkan keperluan perundangan berkaitan EIA, memperkukuh tadbir urus dalam penilaian laporan EIA dan memperkasa prosedur EIA negara.


''Selain itu, keutamaan lain adalah seperti pendigitalan EIA, pengukuhan libat urus awam dan pemantapan penguatkuasaan EIA.


''Perkara-perkara tersebut akan dimaklumkan dan kita juga akan mengemas kini kepada rakyat tentang bagaimana kita akan tambah baik lagi EIA.


''Penambahbaikan itu adalah supaya ia benar-benar berkesan untuk menjaga kesejahteraan dan kesihatan rakyat,'' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Nik Nazmi (PH-Setiawangsa) menjawab soalan Young Syefura Othman (PH-Bentong) yang ingin tahu sejauh mana kajian telah dijalankan untuk menyemak kembali kaedah EIA bagi memastikan laporan berkenaan efektif dalam menyelesaikan isu pembinaan insfrastruktur yang telah menjejaskan alam sekitar.


*Foto kredit: Jabatan Penerangan Malaysia

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page