top of page

Peniaga kecil, penjaja perlu waktu operasi anjal, bukan bermula 8.00 pagi



Kerajaan Perikatan Nasional perlu menilai semula keputusan menetapkan waktu operasi bagi semua perniagaan bermula pada jam 8.00 pagi pada sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar, bukan semua peniagaan terutamanya penjaja sesuai bermula pada pukul 8.00 pagi.


Katanya, penjual sarapan pagi misalnya mengharapkan pelangan yang pergi kerja seawal jam 6.00 untuk membeli jualan mereka.


"Saya berpandangan, Prosedur Standard Operasi (SOP) sektor ekonomi tersebut hendaklah disesuaikan semula terutama masa berniaga bagi golongan peniaga gerai makanan, penjaja, kiosk dan pasar malam. Seperti yang ditetapkan, bahawa masa operasi perniagaan mereka akan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.


"Sebagai contoh peniaga gerai atau yang berniaga tepi jalan kebanyakannya hanya bergantung pendapatan melalui perniagaan tersebut dan waktu mereka berniaga pula seawal jam 6.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi kerana ada kalangan pembeli yang membeli makanan untuk pergi bekerja. Pada pukul 8.00 semua telah masuk kerja," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Ahli Dewan Negeri Seri Setia itu berpendapat, para peniaga pasar malam juga harus diberi kelonggaran jam perniagaan melebihi pukul 8.00 malam.


"Peniaga pasar malam pula mohon dipertimbangkan agar diberi kebenaran berniaga dari jam 5.00 petang hingga 9.00 malam kerana kebanyakan yang datang ke pasar selepas waktu pulang bekerja.


"Pihak kerajaan perlu mempertimbangkan permasalahan waktu mereka berniaga itu kerana kebanyakkan peniaga - peniaga tersebut adalah kalangan mereka yang tidak ada hasil pendapatan lain dan mereka juga dari kalangan B40.


"Saya juga tidak nampak SOP Tambahan PKP ini dikenakan terhadap sektor perkilangan yang menyumbang lebih 40% kes pandemik di Malaysia berdasarkan kepada data yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak April 2021 lalu. Ini amatlah menghairankan semua pihak," katanya lagi.


Oleh itu, beliau mengharapkan kerajaan Malaysia meneliti semula rayuan peniaga mempertimbangkan keadaan rakyat marhaen untuk menempuh kehidupan di bawah SOP Tambahan PKP dengan lebih selamat dan tidak merugikan sesiapa.


Pada 22 Mei lalu, Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dan disusuli SOP sekatan tambahan bermula 25 Mei 2021.


Antara SOP diperketatkan ialah perniagaan hanya boleh beroperasi pada pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page