top of page

Peniaga kecil masih layak beli LPG bersubsidi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 1
  • 1 min read


Oleh: Mohd Azuan Ab Rahman


Peniaga kecil termasuk penjaja dan pengusaha pasar malam masih dibenarkan membeli gas petroleum cecair (LPG) silinder 14 kilogram (kg) pada harga bersubsidi RM26.


Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau telah mendapatkan pengesahan rasmi daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bahawa tiada sebarang pemansuhan subsidi dilakukan seperti yang digembar-gemburkan di media sosial.


"LPG jenis ini adalah untuk kegunaan isi rumah dan peniaga kecil, dan penggunaan tidak melebihi tiga tong masih dibenarkan," katanya dalam satu kenyataan.


Sesetengah pihak sebelum ini mendakwa subsidi LPG telah dimansuhkan sehingga menyebabkan kekeliruan bahawa semua restoran dan premis makanan perlu permit untuk menggunakan LPG bersubsidi.


"Saya faham kekeliruan ini berlaku khususnya di pusat penjaja yang mempunyai banyak gerai dan penggunaan gas yang pelbagai.


"Kerajaan hanya memperketat penguatkuasaan untuk mengelak ketirisan subsidi, dan bukannya menghentikan bantuan kepada golongan sasar," jelasnya.


Sementara itu beliau menegaskan, Kerajaan MADANI juga turut komited untuk memastikan subsidi LPG sampai kepada peniaga kecil yang benar-benar memerlukannya, serta memastikan pelaksanaannya adil dan tidak membebankan.


Sehubungan itu peniaga kecil tidak perlu risau memandangkan kerajaan masih mengekalkan subsidi untuk mereka selagi penggunaannya berada dalam skop yang ditetapkan.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page