top of page

Peniaga kecil digesa daftar perniagaan untuk nikmati subsidi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 19, 2023
  • 1 min read


Golongan peniaga kecil disaran mendaftar perniagaan mereka dan mengambil memanfaatkan dari Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang diperkenalkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh berkata langkah mendaftarkan perniagaan itu penting bagi memastikan mereka terus layak menikmati subsidi minyak masak bersasar sejurus inisiatif itu dilaksanakan kelak.


"Kita kena ada mekanisme atau sistem pemberian subsidi itu, kerana menjadi tugas kerajaan untuk pastikan tiada ketirisan selain bantu golongan yang memerlukan.


"Itu (daftar syarikat) akan dijadikan salah satu syarat kerana kita perlu pastikan mereka berniaga dan perlu mendaftar sebagai perniagaan yang terlibat dengan makanan...ini bertujuan memastikan subsidi sampai kepada yang betul-betul layak," katanya.


Fuziah sebelumnya hadir merasmikan Program Bimbingan Usahawan 2023 Peringkat Pahang anjuran SSM di Kuantan pada Khamis.


SPPP diperkenalkan SSM bagi memberi kemudahan pendaftaran perniagaan percuma kepada golongan B40, pelajar institut pengajian tinggi sepenuh masa dan orang kurang upaya (OKU).


Sehingga 30 April lepas jumlah pendaftaran SPPP adalah sebanyak 65,755 dan SSM jelas Fuziah masih mempunyai baki RM6 juta dana untuk melaksanakan skim tersebut.


Mengulas lanjut mengenai subsidi bersasar, Fuziah berkata kementeriannya sedang mengadakan libat urus dengan beberapa pihak sebelum memuktamadkan cara pelaksanaannya.


"Ada banyak subsidi yang sedang diuruskan, KPDN kini bekerjasama dengan MOF (Kementerian Kewangan) antaranya melihat soal ketirisan dan antara fokus utama kami pada subsidi diesel kemudian beberapa lagi antaranya minyak masak...perlu tengok macam mana kita nak sasarkan," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page