top of page

Peniaga jangan kaut untung atas angin, seleweng barang bersubsidi



Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengingatkan golongan peniaga di negara ini agar tidak sesekali mengaut 'untung atas angin' dengan menyeleweng barang kawalan bersubsidi.


Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tindakan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah akan membebankan rakyat terutama ketika berdepan dengan isu kos sara hidup.


Menurutnya, KPDN tidak akan berkompromi dengan peniaga berperlakuan sebegitu, dan penguatkuasaan agresif membabitkan Akta Kawalan Bekalan, Akta Perlindungan Pengguna, dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan bakal dilaksana bagi memastikan semua peniaga mematuhi peraturan seterusnya memastikan hak pengguna serta rakyat dilindungi.

"Aspek pelaksanaan subsidi yang ada kita lihat dengan teliti. Isu ketirisan, penyelewengan kita tidak mahu berlaku bagi pastikan subsidi itu betul-betul sampai ke sasaran.


"Saya tidak nafikan memang berlaku ketirisan dan penyelewengan, tetapi tahap dia belum dapat disahkan," katanya dalam satu sidang media.


Armiza sebelumnya hadir merasmikan majlis perjumpaan di Sekolah Menengah Kebangsaan St Joseph di Papar.


Beliau sementara itu turut memaklumkan, ketika memangku jawatan menteri KPDN sebelum ini, kementeriannya telah melaksanakan audit untuk mengenal pasti ketirisan dan penyelewengan dalam pelaksanaan minyak masak paket bersubsidi.


Jelasnya, didapati ada peniaga telah menyorok bekalan dan membungkus semula minyak masak peket bersubsidi ke dalam botol sebelum dijual dengan harga lebih mahal.


"Ini berlaku dan kita dapat kesan serta ambil tindakan.


"Bagi saya, ini satu daripada perkara yang kita tidak boleh berkompromi, nasihat saya kepada mereka terlibat juga syarikat dilantik supaya bagus-bagus lah berniaga, jangan berniaga cari untung atas subsidi yang sepatutnya dimanfaatkan oleh golongan memerlukan," katanya lagi.


Beliau turut memaklumkan audit terhadap minyak masak paket bersubsidi itu pada masa ini sedang berjalan sehingga Mac tahun depan, sebelum laporan hasil audit itu dibentangkan kepada kerajaan bagi mengenal pasti mekanisme berkesan membolehkan subsidi itu benar-benar sampai kepada rakyat yang memerlukan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page