top of page

Peniaga gagal patuhi skim harga maksimum dikenakan tindakan tegas



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi amaran supaya peniaga sentiasa mematuhi peraturan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023.


Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata SHMMP Deepavali 2023 dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan berkenaan.


"Pemantauan berterusan akan dilakukan, bagi memastikan lapan jenis barangan yang diputuskan kerajaan sebagai barangan kawalan sempena perayaan Deepavali, dipatuhi peniaga.


"Pendekatan ini diambil atas keprihatinan kerajaan MADANI untuk mengimbangi keperluan rakyat, khususnya bagi mereka yang meraikan Deepavali tidak terjejas dan mampu membeli dengan harga yang berpatutan dan dalam masa sama, memastikan bekalan sentiasa mencukupi," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.


Fuziah sementara itu menjelaskan, pelaksanaan SHMMP Deepavali 2023 bermula tiga hari sebelum perayaan, sehari semasa dan tiga hari selepas perayaan, bersesuaian mengikut keadaan semasa bagi menjamin kestabilan harga di peringkat pengguna dan peniaga.


Seramai 2,200 orang anggota penguatkuasa KPDN bersama 900 pegawai pemantau harga di seluruh negara, ditugaskan di lokasi strategik seperti di pusat beli-belah barangan keperluan perayaan, supaya tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna, selain penguatkuasaan terhadap peniaga yang melakukan kesalahan.


Orang ramai juga boleh mengemukakan aduan menerusi WhatsApp di 019-2794317 atau 019-848 8000 atau e-mel ke e-aduan@kpdn.gov.my, bilik gerakan penguatkuasaan 03-8882 6088/6245, aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN atau di portal aduan http://eaduan.kpdn.gov.my.


Terdahulu, kerajaan mengumumkan lapan jenis barangan yang dikawal di bawah skim itu antaranya bawang merah besar import, cili merah, daging kambing biri-biri bertulang import, kacang dal (Australia) dan tomato.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page