top of page

Pengusiran penduduk Kg Sg Baru ditangguhkan atas arahan PM



Projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur yang melibatkan pengusiran penduduk pada Januari ini ditangguhkan atas arahan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Setiausaha politik PM, Azman Abidin mengesahkan penagguhan projek itu semalam.


Katanya, keputusan berkenaan dibuat selepas penduduk kampung meminta PM campur tangan terhadap arahan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL) bagi mengosongkan rumah sebelum 19 Januari ini.


"PM mengarahkan projek ini ditangguhkan sebulan atau sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan semula.


"Ia adalah untuk membolehkan satu rundingan semula dengan penduduk dan pihak yang berkepentingan dilaksanakan dan penyelesaian kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh penduduk," katanya dipetik.


Pada 26 Disember lalu, pendudukan merayu campur tangan PM supaya menangguhkan atau membatalkan notis Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) bertarikh 19 Disember yang meminta mereka berpindah dalam tempoh 30 hari.


Penduduk mendakwa pengusiran yang dibuat itu adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana ada penduduk yang mendakwa masih belum menerima pampasan walaupun telah diserahkan borang K iaitu notis bahawa milikan tanah atau peletkhakan petak telah diambil kerajaan.


Tempoh singkat yang diberikan turut menyebabkan penduduk sukar menyewa atau membeli kediaman lain.


Malah kebanyakan penduduk terlibat turut menyatakan pendirian tidak setuju kadar pampasan RM400 kaki persegi yang ditetapkan oleh PTGWPKL kerana terlalu rendah berbanding nilai hartanah semasa.


Sebagai rekod, cadangan pengambilan tanah Kampung Sungai Baru bermula sejak 2016 dengan melibatkan 67 unit rumah teres dan 14 blok pangsapuri dikenali sebagai Pangsapuri Sungai Baru.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page