top of page

Pengusaha teksi harus guna teknologi terkini hadapi persaingan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 11, 2022
  • 1 min read


Pengusaha dan pemandu teksi seharusnya menggunakan teknologi terkini dalam menghadapi persaingan dengan perkhidmatan e-hailing


Hal itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Taufiq Johari dalam pertemuan beliau bersama wakil Persatuan Pemandu Teksi di Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani, semalam.


"Kemajuan masa kini menuntut masyarakat memanfaatkan penggunaan teknologi secara optimum dalam kehidupan seharian.


"Perkara sama juga perlu dilakukan terhadap industri pengangkutan awam di Malaysia termasuk teksi apabila pemandu teksi kini dikatakan berdepan kesukaran berikutan saingan sengit selepas kemunculan perkhidmatan e-hailing seperti Grab dan sebagainya.


"Dalam pertemuan sebegini, kedua pihak iaitu Persatuan Pemandu Teksi dan pihak saya dapat memahami dengan lebih dekat akan keperluan dan masalah yang dihadapi dan kaedah yang perlu bagi menanganinya," kata beliau.


Justeru, Dr Taufiq berjanji akan meneliti masalah yang dibangkitkan oleh wakil persatuan teksi berkenaan.


"Inshallah, saya akan meneliti dengan lebih dekat apa jua isu atau masalah yang timbul supaya dapat dibawa kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi menanganinya dengan lebih berkesan," kata beliau lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page