top of page

Pengusaha makanan dibenar beli beras import harga borong



Sebagai sebahagian usaha kerajaan menjamin rantaian bekalan beras tempatan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) membuat keputusan untuk memberi lesen borong kepada pengusaha restoran membeli beras putih import pada harga borong RM3.20 sekilogram daripada Padiberas Nasional Bhd (Bernas).


Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata hal itu sebagai langkah jangka pendek diambil kementerian bagi mengatasi masalah kekurangan beras putih tempatan susulan pengusaha mula beralih kepada beras tempatan susulan pelarasan harga oleh Bernas kepada RM3,200 satu tan (RM3.20 sekilogram) hingga berlaku pemintaan mendadak terhadap beras terbabit.


Walau bagaimanapun, Setiausaha akhbar Menteri KPKM, Adeysham Nor menurut Berita Harian memaklumkan persatuan pengusaha terbabit perlu mengemukakan permohonan kepada kementerian untuk mendapatkan lesen borong.


"Pada 15 September lalu, KPKM mengadakan sesi libat urus bersama persatuan peniaga, termasuk pengusaha restoran mamak, kedai tomyam dan lain-lain.


"Antara perkara yang dibincangkan ialah bagaimana mencari kaedah terbaik untuk membantu setiap ahli persatuan mendapatkan bekalan import pada harga borong.


"Pada sesi itu, KPKM membenarkan pemberian lesen borong kepada pengusaha terbabit. Kita sedang tunggu persatuan memohon lesen itu. Setakat ini, mereka belum memohon lagi," katanya dipetik.


Bernas sebelum ini mengumumkan pelarasan harga jualan beras putih import kepada RM3,200 per tan metrik berbanding harga sebelum ini RM2,350 per tan metrik.


Manakala beras putih tempatan pula dijual pada harga kawalan RM2.60 per kg atau RM26 sekampit 10kg.


Sementara itu Adeysham berkata kementerian sudah diarahkan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mengkaji penggunaan beras putih import oleh pembekal tender kerajaan, seperti untuk kem tentera dan sekolah.


"Menteri juga telah mengarahkan pegawai mengkaji jumlah subsidi yang perlu dikeluarkan jika kerajaan ingin memberi subsidi beras putih import," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page