top of page

Pengurusan bantuan banjir percuma, ada pihak luar kenakan bayaran - Dr George



Pengurusan bantuan banjir Selangor termasuk mendapatkan borang dan mengisinya adalah percuma namun terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang telah mengenakan bayaran sehingga RM200.


Menurut Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George, pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut didapati bergerak aktif di daerah Klang dan mensasarkan golongan warga emas atau suri rumah yang kurang peka kepada skim bantuan Kerajaan Negeri.


"Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan pemberian bantuan wang tunai RM 1,000 dalam pakej Bantuan Selangor Bangkit kepada semua ketua isi rumah yang terkesan akibat musibah banjir


"Namun perkara yang mendukacitkan terdapat segelintir pihak cuba menangguk di air yang keruh saat rakyat dalam kesempitan. Terdapat agen yang mengenakan bayaran sehingga RM200 bagi setiap borang permohonan untuk menguruskan permohonan bantuan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri ini.


"Sikap tidak bertanggungjawab oleh segelintir individu telah dikesan aktif di sekitar Daerah Klang dan mensasarkan golongan warga emas dan ibu tunggal," katanya.


Tambah Dr George, setiap Pusat Khidmat Masyarakat DUN di Selangor telah berkerja keras membantu masyarakat yang terjejas menguruskan permohonan bantuan bencana banjir secara percuma dengan kerjasama Pejabat Daerah.


Tiada agen tertentu dilantik Kerajaan Negeri menguruskan bantuan berkenaan


Sehubungan itu, pihak Kerajaan Negeri telah membuat laporan polis bagi mencegah kegiatan sindiket yang memeras orang awam dalam keadaan kesusahan.


"Satu laporan polis telah dibuat berkaitan perkara ini bagi mencegah sindiket terus mengambil kesempatan terhadap rakyat marhaen.


"Susulan itu, saya menyeru agar semua warga Selangor untuk berhati-hati dengan tipu helah sesetengah pihak yang kononnya ingin membantu namun mempunyai tipu muslihat disebaliknya.


"Warga Selangor yang terkesan perlu berhubung terus dengan Pejabat ADUN dan Pejabat Tanah dan Daerah masing-masing bagi mendapatkan sebarang bantuan dan sokongan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page