
Pengundian semula bagi Pemilihan KEADILAN 2022 akan diadakan selama dua hari iaitu pada Jumaat dan Sabtu pada minggu ini.
Hal itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Dr Zaliha Mustafa hari ini.
Menurut beliau, cabang yang terlibat pengundian semula telah bertambah daripada 8 sebelum ini kepada 13 cabang kesemuanya.
"Dimaklumkan cabang-cabang tersebut akan diadakan pengundian semula selaras dengan Notis Penangguhan Pengundian terdahulu.
"Pusat-pusat pengundian akan dimaklumkan secepat mungkin," katanya.
Cabang yang akan mengadakan pemilihan semula pada Jumaat, 27 Mei adalah Cabang Tumpat, Cabang Ketereh, Cabang Bachok, Cabang Pengkalan Chepa, Cabang Gua Musang dan Cabang Tanah Merah di Kelantan.
Manakala pemilihan pada hari Sabtu, 28 Mei melibatkan Terengganu di Cabang Dungun, Cabang Kuala Terengganu, Cabang Marang dan Cabang Kemaman
Serta satu cabang di 3 negeri lain iaitu Cabang Padang Serai, Kedah; Cabang Hulu Selangor, Selangor dan Cabang Kota Kinabalu, Sabah.