top of page

Pengundian di PRK KKB berjalan lancar, pengundi datang awal





Pengundian di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.06 Kuala Kubu Bharu (KKB) hari ini berjalan lancar.


Tinjauan media mendapati suasana mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming, Kuala Kubu Baharu meriah dengan pengundi dari pelbagai kaum menunaikan tanggungjawab.


Seorang pengundi anak jati KKB yang datang awal, Nor Adi Rusli berkata, beliau telah mengundi di pusat mengundi berkenaan sejak dari usia muda dan menjadi pengundi pertama pada hari ini.

Nor Adi Rusli

"Saya tak sangka dapat orang pertama, saya niat nak tunaikan tanggungjawab mengundi.


"Saya akan undi orang tersebut dan (harap) dia akan buat tugasan yang lebih baik selepas ini.


"Saya tiap tiap tahun memang gerak awal dari rumah. Saya dah biasa, apa sahaja yang saya buat suka awal," katanya kepada media.


Tinjauan mendapati suasana terkawal di pusat mengundi tersebut tanpa sebarang provokasi. Para penyokong calon calon yang bertanding berdisiplin dan berada pada jarak 50 meter daripada pintu masuk ke pusat pembuangan undi.


Mengikut daftar Suruhanjaya Pilihan Raya seramai 40,226 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing termasuk 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan seorang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara yang telah pun melakukannya beberapa hari lalu.


Kerajaan Perpaduan mencalonkan wakil DAP Pang Sock Tao mewakili Pakatan Harapan berhadapan dengan tiga seteru bagi mempertahankan kerusi DUN KKB.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page