top of page

Pengundian di cabang Hulu Selangor berjalan teratur



Pengundian di Cabang KEADILAN Hulu Selangor yang kecoh minggu lalu hari ini berjalan lancar di pusat pengundian Dewan Orang Ramai Kalumpang, Kampung Pasir Putih.


Menurut calon Timbalan Ketua Cabang Hulu Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad, proses pengundian kelihatan teratur setelah diambil alih sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).


"Kali ini apabila JPP ambil alih seluruh proses, seawal 8.00 pagi (pusat pengundian) telah tersedia. Kita hadir semula di sini. Kebanyakan orang di Hulu Selangor kerja gaji harian tetapi mereka datang juga untuk raikan demokrasi, satu satunya parti yang berani memberi satu anggota satu undi," katanya.


Beliau yang menghadapi pertandingan dua penjuru teruja dengan kehadiran lebih 500 pengundi pada sebelah pagi dan menjangkakan hingga ke petang, lebih ramai yang akan keluar membuang undi.


"Dari pagi tadi keadaan sangat meriah, sangat teratur. Kalau ikut anggran ketika ini sudah 500 orang hadir ke sini undi fizikal.


"Memang Hulu Selangor anggotanya ramai. Anggota (mengundi) atas talian sahaja cecah 2,000 lebih. Hari ini kalau tak ada masalah 2,000 lebih juga dari semua kem datang dan tunaikan tanggungjawab.


"Saya sebelum ini Ketua AMK Hulu Selangor kali ini mencuba jawatan timbalan ketua cabang," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page