top of page

'Pengundi wanita lebih tinggi satu kelebihan buat saya'


Oleh: Abdullah Zaid


Biarpun berdepan tekanan sebagai calon tunggal wanita bagi DUN Jitra, calon Pakatan Harapan (PH) Datin Sabrina Ahmad tetap tenang untuk mengekalkan kemenangan kerusi tersebut.


Katanya, berdasarkan rekod, jumlah pengundi wanita yang tinggi di DUN itu memberi kelebihan buatnya untuk mendapatkan sokongan di kawasan tersebut.


"Berdasarkan carta, pengundi wanita lebih ramai berbanding lelaki, jadi sebagai satu-satunya calon tunggal wanita ia beri satu peluang besar buat saya," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.


Justeru, bagi mendekati hati pengundi, calon KEADILAN berkenaan lebih cenderung untuk menggunakan pendekatan turun padang sepanjang kempennya berbanding bergantung kepada platform media sosial semata-mata.


"Kawasan Jitra ini boleh dikatakan separuh kawasan urban (bandar) dan luar bandar, jadi kempen dari mulut ke mulut lebih berbisa kalau hendak dibandingkan dengan media sosial," ujarnya.


Untuk rekod, Sabrina, calon nombor 1, bakal berdepan calon anak jati Selangor Prof Dr Haim Hilman Abdullah (PN) yang dilihat banyak menumpukan kempennya di media sosial.


Selain itu, bagi memperkukuhkan kekuatan jentera, Sabrina juga turut menghargai usaha gigih jentera Barisan Nasional (BN) dalam mewujudkan keserasian bagi memenangi kerusi tersebut.


"Ketika saya mula diperkenalkan sebagai calon, kita mula berbincang dan mengenal pasti apa yang disepakati untuk menang DUN Jitra.


"Dan akhirnya kita bersetuju kemenangan daripada calon PH, maka kemenangan juga buat BN.


"Oleh itu, setiap kali kita berkempen pasti ada jentera BN dan PH yang turut bersama membantu kita," jelasnya lagi.


Terdahulu, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerusi DUN Jitra dimenangi Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan majoriti 10,849 ketika parti Bersatu masih bersama gabungan PH.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page