Pengundi tolak GPS tetapi ragu pilih KEADILAN atau PSB



Hari keempat kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak, pengundi mula menunjukkan mood menolak Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang telah memerintah selama 58 tahun tetapi tidak membawa kemajuan bermakna kepada rakyat.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, mood penolakan itu jelas kelihatan di kawasan sub bandar malah di kawasan luar bandar yang berdekatan bandar bandar besar.


Cuma, kata beliau, menjadi masalah apabila para pengundi masih kebingunan untuk memilih sama ada KEADILAN atau Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi menggantikan GPS di DUN mereka.


Kebuntuan itu, kata Abun boleh menghalang perubahan berlaku apabila undi pembangkang terpecah dua.


"Bagi kita KEADILAN menawar pilihan terbaik. Di mana respons yang kita dapat dari pengundi, majoriti menolak GPS dan perubahan itu sangat ketara, tetapi keputusan yang mereka bakal buat ada sedikit kebuntuan. Sama ada pilih Pakatan Harapan atau PSB.


"Kita harus ingat faktor penolakan di pedalaman bangsa asal seperti Dayak, Kadayan adalah berkaitan Tanah Adat. Penolakan kerana Tanah Adat itu telah dirampas secara undang undang,


"Oleh itu, KEADILAN tawarkan pilihan terbaik (dalam membela Tanah Adat). Jika kita lihat latar belakang PSB, mereka punyai rekod dengan (pengusaha) ladang sawit yang juga bertindih dengan Tanah Adat rakyat. PSB juga ditaja oleh tokey balak," katanya dalam sidang media secara maya, pagi tadi.


Abun mengingatkan pengundi bahawa GPS dan PSB adalah dari latar belakang yang sama dan tidak mungkin akan bersungguh sungguh memperjuangkan isu Tanah Adat.


Katanya, beberapa pemimpin PSB pernah berada dalam kerajaan Sarawak dan mungkin mempunyai hubungan dengan pemilik ladang dan sebagainya.


"Sebab itu hanya PH sahaja yang tidak ada kaitan dengan perampasan Tanah Adat ini.


"Oleh itu rakyat Sarawak perlu berfikir betul betul. Undi bukan satu perkara yang main main. Ini untuk kehidupan kita.


"Apa yang kita takut nanti jadi macam 'keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya'.


"Penduduk pedalaman janganlah terpadaya ada parti baru akan jaga mereka. Hanya KEADILAN yang benar benar tidak curi seinci tanah, tidak curi sebatang balak dari rakyat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER