top of page

Pengundi sifatkan manifesto PH menyeluruh, beri manfaat golongan M40

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 58 minutes ago
  • 2 min read

Manifesto Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 disifatkan lebih menyeluruh apabila bukan sahaja meneruskan pelbagai insentif sedia ada, malah memperluaskan manfaat kepada golongan M40 selain meningkatkan kadar beberapa bantuan.


Seorang pengundi dari DUN Ampangan, Fatin Ali berkata, beliau melihat manifesto kali ini menawarkan penambahbaikan yang mampu memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat, khususnya keluarga berpendapatan sederhana.


"Saya telah melihat Manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk PRN-16.


"Banyak insentif yang kadarnya telah dinaikkan dan ada juga insentif baharu yang diperkenalkan," katanya.


Menurut beliau, sebelum ini manifesto PH Negeri Sembilan memberi tumpuan kepada insentif kewangan untuk golongan B40, namun tawaran kali ini diperluaskan kepada isi rumah M40 dengan pendapatan maksimum RM8,000.


Katanya, beliau sendiri mengetahui ramai kenalan dan saudara-mara yang pernah menerima manfaat daripada pelbagai bantuan yang diperkenalkan kerajaan PH Negeri Sembilan sebelum ini.

Fatin Ali
Fatin Ali

"Saya tahu ramai kenalan saya dan saudara-mara yang mendapat manfaat daripada insentif dan bantuan tersebut sebelum ini.


"Sekarang Pakatan Harapan Negeri Sembilan menawarkan manifesto dengan insentif dan bantuan untuk golongan M40 juga dengan pendapatan isi rumah maksimum RM8,000," jelas Fatin.


Fatin turut menyambut baik peningkatan kadar bantuan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), termasuk kenaikan insentif kemasukan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda daripada RM1,000 kepada RM1,200.


Beliau berkata, manifesto PH turut menawarkan bantuan komputer riba mengikut spesifikasi kursus kepada pelajar daripada keluarga M40, selain Bantuan Sara Hidup Mahasiswa sebanyak RM2,400 setahun atau RM200 sebulan.


"Bukan itu sahaja, anak-anak daripada keluarga M40 juga layak memohon bantuan komputer riba mengikut spesifikasi kursus sekiranya Pakatan Harapan kembali mentadbir Negeri Sembilan.


"Malah pelajar daripada golongan M40 juga layak menerima Bantuan Sara Hidup Mahasiswa sebanyak RM2,400 setahun.


"Undilah calon-calon Pakatan Harapan agar kita dapat menikmati semua insentif dan bantuan yang ditawarkan dalam manifesto ini," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page