top of page

Pengundi Pulai tolak politik oportunis, ganti kerajaan di tengah jalan - Chin Tong



Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P161 Pulai diseru keluar mengundi beramai ramai dan mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat.


Menurut Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, propaganda PN kononnya perubahan di Johor akan membolehkan dorongan perubahan dalam parti parti komponen pemerintah untuk beralih arah sekali lagi menyokong PN seperti tahun 2020 memerlukan pengundi Pulai bertindak mengalahkan calon PN agar Langkah Sheraton 2.0 tidak terjadi.


"Saya nak sampaikan bahawa satu undi untuk Suhaizan juga satu undi untuk kerajaan dipimpin Datuk Seri Anwar. Satu undi kepercayaan kepada Kerajaan Perpaduan.


"Saya harap kita boleh sampaikan mesej ini supaya Kerajaan Perpaduan diberikan masa dan ruang untuk menjana ekonomi dan memulihkan negara.


"Ini penting kerana pihak lawan cuba lakukan Sheraton Move sekali lagi. Mereka tidak ingin beri masa kepada PM dan kerajaan kerana mereka tahu kalau ruang diberi kepada Anwar, negara ini akan lebih baik. Kalau lebih baik, mereka tak ada harapan menjadi kerajaan.


"Mereka mainkan sentimen supaya boleh tumbangkan kerajaan tanpa menang dalam pilihanraya. Pengundi Pulai perlu tolak politik oportunis, mainkan senimen, cuba tumbang kerajaan di tengah jalan. Saya harap kita sampaikan mesej yang jelas, kita sokong Anwar, sokong Perpaduan," katanya dalam ceramah di Xing Xing Food Court, Pulai malam tadi.


Selain itu, Chin Tong juga membangkitkan jasa Suhaizan yang sejak usia 30an telah bertanding dan membantu rakyat di Johor.


Suhaizan juga, katanya, seorang yang dipercayai oleh ahli politik di kedua dua belah blok apabila beliau dikekalkan sebagai Speaker DUN Johor biar pun kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada 2020 di negeri itu.


"Suhaizan berumur 50 tahun tetapi dia berjuang dan bertanding sejak umur 31. Walaupun susah untuk menang, dia tidak berundur diri dan berputus asa.


"Beliau juga seorang pendamai, pernah dilantik sebagai Speaker Dewan Negeri Johor. Walaupun kerajaan PH telah tumbang pada 2020 tetapi Suhaizan kekal jadi Speaker sampai hujung tempoh April 2022 kerana beliau seorang pendamai dan dia uruskan hubungan dengan pihak Datuk Hasni Menteri Besar, dan wujudkan keadaan di mana kami masih mengekalkan kestabilan masyarakat.


"Kami di pihak pembangkang pentingkan kestabilan. Ini hasrat saya supaya Suhaizan boleh disokong sebagai Ahli Parlimen pula kali ini.


"Saya harap pengundi beri sokongan kepada Suhaizan kerana beliau seorang pejuang yang telah lama berjuang dalam politik Johor," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page