top of page

Pengundi Kedah harus tolak Sanusi biadap, melampau - Wanita KEADILAN



Pengundi Kedah harus membuktikan mereka tidak mahu ahli politik yang biadap dan melampau terus mentadbir negeri itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos ini.


Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat, Noraini Nordin berkata, pengundi Kedah wajar melantik seorang individu yang lebih berbudi bahasa serta menjaga tatasusila Melayu untuk menjadi ketua kerajaan.


Katanya, perbuatan Menteri Besar (MB) Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor tidak boleh diterima kerana beliau begitu berani memperlekehkan institusi Raja Melayu dengan mempertikaikan kebijaksanaan Sultan Selangor melantik MB Datuk Seri Amirudin Shari dalam ceramahnya.


"Perbuatan MB Kedah memperlekeh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika melantik Amirudin sebagai MB Selangor adalah melampau, biadap dan tidak seharusnya dilakukan oleh seorang pemimpin Melayu dan beragama Islam di negara ini.


"Ini kerana sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan, kuasa melantik MB adalah hak serta budi bicara Sultan di sesebuah negeri," katanya dalam satu kenyataan.

Noraini Nordin

Menurut Noraini, ucapan Sanusi yang membayangkan Sultan Kedah lebih hebat susur galurnya pula, dan kata kata perbandingan dipetik: “Sultan hebat macam itu (Kedah) tak akan pilih menteri besar ‘cokia’ macam Amir (Amirudin)” amat tidak selaras dengan akhlak seorang pemimpin kerajaan.


Tegas beliau, melalui ucapan sedemikian Sanusi dengan sendirinya telah menyentuh isu berkaitan 3R - Raja, Kaum dan Agama yang dilarang undang undang dan membahayakan keharmonian negara.


"Meskipun kerajaan dan pihak polis telah berkali-kali mengeluarkan amaran agar jangan sesekali disentuh isu 3R dalam mana-mana keadaan, terutama menjelang PRN, Sanusi nampaknya tetap berdegil dan tidak memperdulikannya.


"Melalui perbuatan Sanusi yang boleh ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia dalam pelbagai platform media sosial itu, selain beliau harus disiasat dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa, lebih penting pengundi Kedah membuktikan inilah masanya menolak Sanusi pada PRN 12 Ogos.


"Rakyat dan pengundi Kedah wajib berasa malu mempunyai pemimpin seperti Sanusi yang biadap, melampau, tiada budi bahasa dan bermulut celupar asal saja membuka mulut," katanya.


Menurut Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat itu lagi, PRN kali ini perlu menjadi titik tolak untuk melakukan perubahan di Kedah dan memilih pemimpin yang benar-benar berjiwa Melayu serta Malaysia untuk memimpin.


Pengundi Kedah, katanya, perlu membuktikan mereka adalah orang yang tinggi budi bahasa, menghormati Sultan dan menerima seadanya ciptaan Tuhan, bukan sependirian dengan Sanusi yang wataknya dipertikaikan.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page