top of page

Pengundi belia jadi penentu PRN Sabah ke-17 — IDE Research Centre

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 10
  • 1 min read

ree

Badan penyelidikan bebas, IDE Research Centre menjangkakan golongan pengundi belia akan menjadi penentu utama kepada kemenangan mana-mana parti pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah ke-17.


Pengerusinya, Senator Prof Emeritus Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, berdasarkan kajian 27 peratus pengundi di Sabah cenderung mengundi berdasarkan tawaran masa depan yang meyakinkan berbanding menyokong parti tertentu.


"Generasi muda tidak memberi sokongan secara mutlak terhadap parti. Mereka mahu melihat tawaran yang jelas – tentang pekerjaan, peluang ekonomi, pendidikan dan masa depan negeri," katanya dipetik.


Dr Mohammad Redzuan berkata begitu pada sidang media mengenai Kajian Landskap Persepsi Rakyat Untuk Kesejahteraan dan Pembangunan Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah minggu lalu.


Kajian bertemakan 'Nadi Sabah 2025 - Suara Rakyat Menjelang PRU DUN Sabah Ke-17' itu dijalankan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Pertubuhan Penyelidikan Sosial dan Komuniti (PPSK), melibatkan 2,488 responden di 73 kawasan DUN.


Hasil dapatan menunjukkan 66.5 peratus pengundi membuat pilihan berdasarkan calon, dengan faktor utama seperti sumbangan terhadap komuniti dan keperibadian calon, manakala hanya 33.5 peratus memilih berdasarkan parti.


Kajian mengenal pasti tiga isu tempatan utama yang menjadi keprihatinan pengundi Sabah iaitu gangguan air dan elektrik, masalah jalan raya serta infrastruktur, kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup.


"Rata-rata rakyat Sabah mengiktiraf usaha-usaha yang sedang digerakkan kerajaan negeri dan Persekutuan sebagai suatu sinergi utama untuk memastikan isu-isu berkenaan ditangani secara berperingkat," tambahnya.


Beliau sementara itu menegaskan dua minggu tempoh kempen menjelang PRN Sabah akan menjadi masa paling kritika untuk meyakinkan pengundi muda dengan naratif berpaksikan masa depan dan kesejahteraan rakyat, bukan sekadar retorik politik.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page