top of page

Pengumuman PM beri kelegaan waris mangsa nahas 'Double Six'



Kerajaan negeri Sabah menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang menyahklasifikasikan laporan akhir tragedi nahas 'Double Six' yang mengorbankan beberapa pemimpin negeri Sabah 47 tahun lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyifatkan keputusan kerajaan itu memberi kelegaan kepada keluarga dan rakyat Sabah secara keseluruhannya.


Hal itu juga jelasnya, sekali gus akan merungkaikan apa sebenarnya yang berlaku dalam nahas mengorbankan Ketua Menteri Sabah pada masa itu Tun Fuad Stephens, empat menteri dan enam individu lain.


"Ini adalah satu kelegaan bukan sahaja kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terbabit, tetapi juga kepada rakyat Sabah.


"Kerajaan negeri akan menerima penemuan keputusan laporan itu dengan hati terbuka," katanya dalam satu kenyataan.


Anwar dalam sidang medianya mengumumkan keputusan mendedahkan laporan itu dibuat selari dengan prinsip ketelusan dibawakan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.


Hal itu juga setelah mengambil kira pandangan dikemukakan rakyat Sabah dan tuntutan dibuat oleh waris.


Laporan itu menurut Anwar akan didedahkan minggu depan melalui kenyataan rasmi kerajaan dan Kementerian Pengangkutan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page