top of page

Pengumuman Fadillah bukti persekutuan fokus bangunkan Labuan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 22, 2024
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Perpaduan akan memberi fokus dalam menyelesaikan isu infrastruktur asas di Labuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.


Beliau berkata begitu sebagai sebagai maklum balas kepada pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang menunjukkan usaha berterusan untuk memajukan dan memakmurkan lagi pulau bebas cukai itu.


"Sebagaimana dinyatakan semasa lawatan saya sebelum ini, penyelesaian kepada isu infrastruktur asas di Wilayah Persekutuan Labuan adalah fokus utama Kerajaan Perpaduan.


"Justeru, dengan pemantauan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta usaha sama antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan beberapa agensi Kerajaan Sabah yang berkaitan, diharapkan pelaksanaan projek menaik taraf paip dan cadangan pembinaan loji jana kuasa baharu dapat dilaksanakan dengan baik.


"Pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur asas di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan semestinya akan merangsang aktiviti ekonomi tempatan serta menarik pelaburan luar," katanya satu dalam kenyataan pada Ahad.


Terdahulu menerusi lawatan kerja ke Labuan, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam berkata beliau ditugaskan mencari penyelesaian kepada masalah berkaitan bekalan elektrik dan air yang selama ini membelenggu penduduk pulau itu.


Labuan turut dicadang menjadi kawasan angkat Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam sekali gus menunjukkan bahawa kerajaan komited menyelesaikan isu berkaitan.


Katanya lagi, pihak berkepentingan juga perlu mencari pendekatan dan kaedah berbeza dalam merealisasikan cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah yang dinanti-nantikan sekian lama serta dapat melihat potensi terhadap ekonomi Labuan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page