top of page

Pengumpulan Kekayaan Merosakkan Sistem Ekonomi Malaysia


DS Anwar mengulas Surah al Hashr, ayat 7 yang menekankan pembahagian harta yang adil dan saksama. Dalam kupasan ulama besar Al Qurtubi menjelaskan zaman jahiliyah yang lalu kekayaan terkumpul dalam kalangan atasan, ningrat, aristokrat.


Kumpulan bawahan dilayan seperti hamba abdi. Terkait dengan hari ini, golongan kaya merompak, menindas tetapi dilepaskan, yang miskin terpenjara atau dihukum.


Pendapat al Qaradhawi menggesa agar tidak ada pengumpulan kekayaan atau wang berlegar dalam kalangan yang kaya. Waktu senang yang kaya mendapat keuntungan banyak, waktu susah syarkikat besar yang pertama mohon diselamatkan oleh kerajaan.


Anwar juga menegur ulama semasa yang memberi ucapan kebaikan Islam namun apabila dapat habuan mereka lupa prinsip ekonomi manusiawi dalam Islam.


Almarhum Sheikh Saleh Abdullah Kamel, pengasas Dalla Al Baraka Group atau bank Islam Baraka pernah berbicara tentang kekurangan ekonomi Islam. Beliau menegur ekonomi Islam selain tidak ada riba tetapi tidak pula memenuhi maksud maqasid syariah, iaitu keadilan, kesamarataan, membantu petani dan mempastikan adanya keadilan.


Ucapan Anwar di Universiti Havard turut diulas. Juga sesi berwacana semasa di Bilbao, Sepanyol dengan beberapa ahli akademik dunia dan diminta mengupas krisis ekonomi Asia.


Menurut Anwar, semasa ekonomi Asia berkembang ia menarik perhatian dunia. Semua gembira, kemudian terdapat serangan krisis matawang, kita salahkan Soros dan institusi kewangan dunia. Namun begitu ada kelemahan dalam ekonomi Malaysia. Sistemnya masih berpusat kepada kelompok kecil yang kaya.


Hal yang ditekankan, bila ada kemelut ekonomi maka harus perbaiki sistem. Umpamanya bank banyak beri pinjaman tanpa pertanggungjawaban. Bila rugi mereka pergi kepada kerajaan minta bantuan. Masa itu guna Dana Harta dan Dana Modal. Namun sesuatu yang tidak kena apabila berlaku krisis yang pertama dibantu adalah golongan kaya.


Anwar juga membincangkan ekonomi ketika beliau menjadi Menteri Kewangan berbanding era Najib Razak. Hutang negara pada 1990an tidak mencecah RM100 bilion. Malah pada era Anwar berlaku lebihan kewangan, sedangkan era Najib defisit lebih RM400 bilion.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page