top of page

Pengukuhan Ringgit beri isyarat Malaysia sebagai destinasi ekonomi, pelaburan

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • May 3
  • 2 min read

Prestasi ringgit Malaysia yang semakin mengukuh memberi mesej jelas bahawa negara kembali muncul sebagai destinasi ekonomi dan pelaburan diyakini di rantau Asia.


"Pengukuhan ringgit bukan sekadar angka di pasaran kewangan, tetapi simbol keyakinan dunia terhadap kestabilan dan masa depan ekonomi Malaysia.


"Perkembangan ini merupakan petunjuk jelas bahawa pelaksanaan dasar ekonomi oleh Kerajaan Madani berada pada landasan yang tepat dan mula diterjemahkan melalui keyakinan pasaran global," kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim dalam kenyataan.


Menerusi kenyataan tersebut beliau menegaskan, meskipun terdapat pihak memainkan naratif pesimis terhadap ekonomi negara, hakikatnya komuniti kewangan antarabangsa melihat negara dalam perspektif lebih positif.

Kamil Munim
Kamil Munim

Beliau menegaskan bahawa kekuatan ringgit pada hari ini tidak berlaku secara kebetulan sebaliknya disokong beberapa faktor utama termasuk pertumbuhan ekonomi negara yang mampan.


"Selain itu, aliran masuk pelaburan asing yang positif, kestabilan politik, reformasi ekonomi yang jelas serta keyakinan pelabur antarabangsa terhadap dasar kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM).


"Apa yang lebih membanggakan, pengukuhan ini bukan berlaku secara sementara atau bersifat spekulatif, sebaliknya menunjukkan trend yang konsisten dan berterusan hasil kekuatan asas ekonomi negara serta keyakinan pelabur terhadap hala tuju pentadbiran Malaysia Madani.


"Data dan analisis ekonomi semasa menunjukkan ringgit bukan sahaja mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), malah turut mencatat prestasi lebih baik berbanding beberapa mata wang utama Asia termasuk yuan China dan dolar Singapura dalam tempoh tertentu tahun ini," ujarnya.


Tambah Muhammad Kamil, laporan ekonomi turut menunjukkan kadar pertukaran efektif nominal (NEER) ringgit meningkat secara ketara, membuktikan bahawa pengukuhan ini bukan hanya bergantung kepada kelemahan dolar AS semata-mata tetapi turut mencerminkan kekuatan sebenar mata wang negara berbanding rakan dagang utama Asia.


Justeru, perkembangan positif itu tegasnya perlu diteruskan menerusi reformasi ekonomi yang berterusan, pengukuhan tata kelola, disiplin fiskal dan daya tahan domestik agar manfaat pertumbuhan dapat dirasai seluruh rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page