top of page

Pengukuhan hubungan diplomatik dengan Rusia tingkat imej global Malaysia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 3
  • 2 min read


Pertemuan PM Anwar dan Presiden Putin membukan lembaran baharu hubungan M'sia-Rusia. Foto: FB Anwar
Pertemuan PM Anwar dan Presiden Putin membukan lembaran baharu hubungan M'sia-Rusia. Foto: FB Anwar

Oleh: Hasbul Ahmad


Hubungan strategik yang semakin kukuh antara Malaysia dan Rusia dijangka membuka lembaran baharu kepada pertumbuhan ekonomi negara, khususnya dalam meneroka pasaran antarabangsa dan memperluas jaringan perdagangan global.


Menurut pimpinan KEADILAN Putrajaya, Zulimran Nasution, lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Moscow dan Tatarstan baru-baru ini atas jemputan Presiden Rusia, Vladimir Putin disifatkan sebagai titik tolak kepada kerjasama dua hala yang lebih mendalam dalam pelbagai bidang baharu yang belum diterokai.


Katanya lawatan tersebut bukan sekadar simbol diplomatik, tetapi mencerminkan anjakan strategik dalam dasar luar negara yang lebih terbuka dan progresif.


"Kerjasama dengan Rusia membuka ruang kepada sektor-sektor ekonomi seperti pelancongan, teknologi hijau, ekonomi digital, serta perdagangan dua hala yang lebih seimbang.

Zulimran Nasution
Zulimran Nasution

"Salah satu inisiatif penting yang sedang diusahakan ialah memulakan semula penerbangan terus dari Moscow ke Kuala Lumpur. Ini bukan sahaja merancakkan sektor pelancongan, tetapi juga menjadikan ibu negara sebagai hab strategik di Asia Tenggara, setaraf dengan Bangkok dan Singapura," katanya kepada Suara Keadilan.


Tambah beliau Malaysia dijangka memainkan peranan penting sebagai pintu masuk utama produk dan barangan Rusia ke rantau Asia Tenggara.


"Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia telah memanfaatkan kedudukan ini untuk merangsang kerjasama ekonomi serantau serta membina kepercayaan rakan dagang terhadap kestabilan dan potensi pasaran negara.


"Langkah ini membuktikan dasar luar Malaysia kini lebih seimbang dan pragmatik, dengan fokus kepada kepentingan jangka panjang rakyat dan negara," ujarnya.


Tambah Zulimran, kerjasama ini juga membawa mesej jelas kepada negara-negara barat, khususnya Amerika Syarikat (AS) bahawa Malaysia kini sedang mempelbagaikan pasaran eksportnya termasuk di Asia Tengah dan Afrika di tengah tengah perang tarif kuasa besar itu ke atas banyak negara.


Beliau menyatakan sektor seperti teknologi tinggi, pelaburan digital dan tenaga boleh baharu akan menjadi pemacu utama kerjasama Malaysia-Rusia dalam fasa seterusnya sejajar matlamat kerajaan MADANI untuk memastikan pembangunan yang mampan dan seimbang dalam semua sektor.


"Rakyat Malaysia perlu berbangga kerana di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita bukan sahaja berjaya mengukuhkan kedudukan diplomatik, tetapi turut membuka laluan baharu kepada manfaat ekonomi, pendidikan dan pembangunan negara dalam jangka masa panjang.


Dengan perubahan landskap global yang semakin mencabar, kerjasama strategik seperti ini diharap dapat memperkukuh daya saing Malaysia di persada antarabangsa dan menjadikan negara sebagai pemain penting dalam ekonomi global masa depan," tambahnya lagi.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page