top of page

Penguatkuasaan gaji minima hapus diskriminasi terhadap pekerja



Penguatkuasaan pembayaran gaji minimum RM1,500 kepada pekerja di semua sektor termasuk majikan yang mempunyai kurang lima pekerja, disambut baik Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).


Setiausaha Agungnya, Kamarul Baharin Mansor berkata ia telah menghapuskan diskriminasi terhadap pekerja di sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang merungut kerana gaji rendah.


"MTUC mengharapkan pembayaran gaji RM1,500 akan meredakan ketidakpuasan hati pekerja kerana terbeban disebabkan kenaikan kos barangan.


"Lebihan RM300 sekurang-kurangnya dapat memastikan pendapatan pekerja meningkat tanpa melalui kerenah dan pelbagai alasan daripada syarikat," katanya dalam satu kenyataan.


Pada Jumaat, Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar mengumumkan penguatkuasaan Perintah Gaji Minimum (PGM) bagi majikan yang menggajikan kurang lima pekerja mula berkuatkuasa mulai 1 Julai 2023.


Kerajaan pada 1 Jan 2023 menangguhkan penguakuasaanya selama enam bulan dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan yang dijangka menghadapi cabaran ekonomi serta kewangan pada 2023 selain memberi peluang untuk majikan menyelaras dan mengimbangi keperluan kewangan.


Sementara itu Kamarul Baharin berkata, MTUC menggesa Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mengambil pendekatan proaktif melalui penguatkuasaan secara efektif berhubung perkara itu dengan pergi ke tempat kerja.


"JTK tidak hanya perlu menunggu aduan daripada pekerja untuk mengambil tindakan. Pekerja di bawah kontrak kerajaan di sekolah seperti pembersihan dan keselamatan adalah mangsa yang telah diketahui oleh JTK," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page