top of page

Penguatkuasaan di Selangor pastikan harga ayam di bawah RM9.50 sekilogram



Penguatkuasaan ke premis-premis perniagaan berterusan di Selangor untuk memastikan harga ayam dijual pada harga ditetapkan, RM9.50 sekilogram.


Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni (gambar, berbaju biru muda), Pemantauan dan pemeriksaan dijalankan secara harian dengan memfokuskan kepada peniaga ayam di pasar basah dan tertakluk di bawah AKHAP 2011 melalui mekanisme kawalan yang dikuatkuasakan melalui perundangan antipencatutan.


"Sejak 13 sehingga 19 September lalu, sejumlah 339 premis terdiri daripada pembekal dan peruncit telah diperiksa susulan kenaikan harga ayam mendadak di pasaran.


"Hasil pemeriksaan mendapati peniaga ayam memberi kerjasama baik untuk membuat semakan semula dan menurunkan harga jualan," katanya.


Menurut beliau, sebanyak 247 atau 72.86% premis sedia patuh jual pada harga lebih rendah dan pada harga yang disarankan iaitu RM9.50.


Sebanyak 86 (25.36%) premis lagi bersetuju membuat perubahan harga jual dengan menurunkan harga secara serta merta kepada RM9.50


Manakala 6 (1.76%) premis lain setuju secara bersyarat untuk menurunkan harga iaitu apabila pembekal dapat menjual dengan harga borong yang lebih rendah.


"Harga purata jualan runcit ayam telah mula dijual di antara RM8.50 sehingga RM9.50.


"Contohnya, terdapat premis runcit di sekitar Sepang menjual pada harga RM8.20 – RM9.00 dan Kuala Kubu Bharu pula harga jualan paling rendah sekitar RM8.90 dan di Petaling Jaya didapati harga jual ialah RM8.90," katanya


Selain itu, Zawawi berkata, harga ayam di pasar-pasar awam utama dan premis runcit di seluruh negeri Selangor juga menunjukkan prestasi yang baik.


Jelasnya, harga ayam di Pasar Awam Pekan Subang sebelum ini dijual pada harga RM10.00 dan telah menurunkan kepada RM9.50.


Pasar Awam Kajang, sebelum ini menjual pada harga RM 9.90 telah bersetuju turunkan harga kepada RM9.50.


Pasar Selayang Baru, Gombak sebelum ini harganya RM10.00 dan telah dan menurunkan kepada RM9.50.


Manakala Pasar Awam Sungai Besar, Kuala Selangor sebelum ini pada harga RM10.50, juga telah menurunkan harga kepada RM9.50.


"Tindakan pengeluaran Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPBM) di bawah Seksyen 21, AKHAP 2011 telah dikeluarkan sebanyak 2 Notis kepada peniaga untuk mendapatkan maklumat terperinci.


"Kedudukan harga ayam di pasaran Selangor kini, dalam situasi terkawal dan stabil," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page